Tengah Video Call Tiba-Tiba Pakwe Ditepuk Rakan Sepejabat- “Yakin Dia Setia”

Lumrah hidup bekerja, setiap daripada kita mempunyai rakan berlainan jantina di pejabat masing-masing. Namun hakikatnya tiada seorang wanita pun yang suka tengok suami atau teman lelaki mereka berhubungan terlebih rapat atau mesra dengan teman sekerja wanita, apalagi siap gurau bertepuk tampar.

Terkejut ada tangan tiba-tiba tepuk dahi boyfriend

Menerusi TikTok, gadis dikenali sebagai Icha ini berkongsi rakaman panggilan video bersama teman lelakinya yang sedang bekerja di pejabat. Namun tanpa disangka-sangka, ada tangan misteri datang menepuk kepala pemuda berkenaan

Saya tak salahkan mereka…sebab selalu gigih call walaupun sibuk kerja, yakin dia setia

Walaupun pada awalnya Icha akui agak cemburu melihat adegan tersebut, namun dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana mereka sekadar bergurau sahaja. Malah mengenangkan dia rajin menghubunginya meskipun sewaktu sibuk bekerja, maka gadis ini yakin bahawa teman lelakinya seorang yang setia.

Tak kisah la bujang atau dah kahwin…kat office tu tak payah menggeletis sangat nak sentuh lelaki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun terkilan dengan sikap wanita di pejabat tersebut kerana sengaja mengabaikan batas pergaulan. Selain itu, ada yang turut akui kalah dengan perasaan cemburu sekiranya ternampak pasangan masing-masing bergurau mesra dengan wanita sebarangan di tempat kerja. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih lebih 11 juta views setakat ini.

Sumber : Apahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *