Ibu Hamil Menangis Pergi Checkup Sendiri Tanpa Ditemani Suami-“Saya Kuatkan?”

Isteri yang sedang sarat mengandung pastinya mahu si suami menemani ke pusat kesihatan untuk lakukan check up bagi melihat perkembangan bayi dalam kandungan. Namun berbeza pula dengan wanita ini apabila dia terus kuat dan belajar berdikari menguruskan dirinya sendiri.

Sebak rasa tengok pasangan lain datang check up suami teman

Menerusi perkongsian Puan Farah, dia meluahkan rasa sebak apabila melihat majoriti wanita lain datang bersama suami mereka ke pusat kesihatan bagi memeriksa perkembangan bayi dalam kandungan. Mahu atau tidak, ibu ini mempunyai pengalaman berbeza apabila hanya datang secara sendiri dan terpaksa kuat demi anaknya.

Saya dah biasa urus sendiri…Suami sekarang di negeri lain

Walau bagaimanapun, wanita tersebut menjelaskan sebenarnya suaminya masih ada cuma sekarang mereka duduk secara berasingan di 2 negeri berbeza. Si ibu yang bakal menimang cahaya mata ketiga itu mendedahkan dia sebenarnya suka berdikari sejak mengandungkan anak pertama lagi.

Pernah merasa dulu suami tak teman…Saya tak mampu buat macam mana awak buat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada ibu ini dan ada juga yang berkongsikan pengalaman sama seperti si isteri ketika pergi checkup di pusat kesihatan. Segelintir orang ramai juga kagum dengan wanita yang mampu hadapi tempoh mengandung seorang diri.

Sumber: viralnewsupdates

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *