Alhamdulillah… selamat lahirkan bayi lelaki. Ini keadaan terkini Siti Sarah

BERKAT doa orang ramai penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan kira-kira pukul 5 petang Jumaat.

Berita gembira itu dikongsikan pengurus Siti Sarah daripada Indigital Music iaitu Nana Mohd Rom.

“Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.

“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi mesej ringkas kepada mStar.

Status terakhir Siti Sarah sebelum ditidurkan

Sementara itu, menerusi semakan di Instagram, Siti Sarah dilihat sempat memuatnaik beberapa perkongsian beberapa jam sebelum ditidurkan.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Siti Sarah berkongsi petikan ayat suci Al-Quran surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan ayat Kursi.

Siti Sarah turut berkongsi bacaan syahdu Selawat yang mengusik perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Manakala di ruangan status, Sarah memuatnaik (repost) kata-kata suaminya, Shuib yang meminta orang ramai mendoakan beliau.

” Doakan Sarah dan baby, terima kasih semua.

” Assalammualaikum semua,,,sy mohon doakan isteri saya Siti Sarah Bt Raisuddin.. doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan.

” Allah maha segalanya..” repost oleh Sarah.

Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap 0ksigen yang semakin menu.run, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami b4tuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan p0sitif w4bak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Neelofa Doakan Siti Sarah

Terdahulu Selebriti terkenal, Neelofa mengajak orang ramai memanjatkan doa agar rakan penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 36, diberikan kesembuhan dan kekuatan bertarung dengan wabak Covid-19.

Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd. Noor memaklumkan perkara itu menerusi muat naik status dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Salam Jumaat. Pada hari yang penuh kemuliaan ini, saya nak mengajak semua, untuk sama-sama mendoakan rakan saya, Siri Sarah Raisuddin dan seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sedang berjuang menentang Covid-19 agar segera sembuh dan kuat semangat.

“Semoga doa kita smeua diperkenankan. Insya-Allah,” ujar Neelofa.

Selain Neelofa, ramai rakan artis lain termasuk Mark Adam, Zanarul Hisyam, Zalif

Sidek, Sari Yanti, Jep Sepahtu dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut mengajak orang ramai memanjatkan doa agar Siti Sarah serta anak dalam kandungannya diberikan kesembuhan melawan virus maut tersebut.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: IG Siti Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *