Lelaki Warga Asing Ditahan Selepas Polis Temukan ‘Koleksi’ Baju Dalam Wanita Yang Dicuri

Tindakan seorang lelaki warga asing yang melarikan pakaian dalam wanita di Kampung Kemansur, Bentong, mengundang padah apabila dia telah ditahan oleh pihak polis.

Difahamkan, suspek yang berusia 36 tahun telah ditahan dalam serbuan di rumah sewanya kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu, susulan satu laporan yang telah dibuat oleh bapa mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong (IPD) pada hari yang sama.

Pakaian dalam hilang

Foto: Polis Bentong

Ujar Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3 petang selepas bapa mangsa diberitahu oleh jirannya akan kehadiran seorang lelaki yang tidak dikenali bertindak berlegar-legar di kawasan rumahnya.

Ujarnya lagi, selepas kejadian itu anak perempuannya menjelaskan beberapa pakaian dalam miliknya didapati telah hilang dari ampaian yang berada di belakang rumah mereka.

Bertindak atas laporan polis, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong byelah menahan seorang lelaki warga asing yang juga seorang penganggur. Suspek berjaya ditangkap hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa.

Susulan daripada itu, pihak polis menjumpai sejumlah besar pakaian dalam yang dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian dalam bilik suspek. Kini, suspek telah ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber:Polis Bentong

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *