Dikatakan Bunyi Suara Tangisan Penanggal Di Melaka

PETALING JAYA – Satu klip video yang merakamkan suara seram yang didakwa datang daripada teriakkan ‘penanggal’ kini sedang tular di media sosial.

Klip video suara seram itu dikongsikan oleh Mizan Yusof Mizan di Kumpulan Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM).

Berdasarkan video pendek tersebut, kedengaran seperti satu suara tangisan yang sangat kuat. Jelas Mizan Yusof, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Melaka dan penduduk mendakwa ‘tangisan’ tersebut adalah bunyi ‘penanggal’.

Namun begitu, rata-rata orang ramai mendakwa ia bukan bunyi makhluk halus seperti yang disangka sebaliknya itu adalah bunyi seekor musang.

Tetapi ada juga yang percaya bahawa bunyi itu memang datangnya dari makhluk tersebut. Fauzi_Sahar berkata, dia seakan namapak satu kelibat makhluk halus tersebut di atas cahaya lampu jalan berkenaan.

“Saya nampak macama ada sesuatu di atas cahaya lampu itu, kalau dizoomkan memang akan nampak seakan-akan sedang mengintai,” jelasnya.

Meskipun begitu, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut. – K! ONLINE.

Video :

Kredit : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *