Tunang kena ‘mengorat’ punca lelaki ini belasah pekerja pasar raya?

Dua orang pekerja di sebuah pasar raya di Gombak tiba-tiba dipukul oleh seorang individu dalam kejadian petang semalam, menerusi satu video tular di media sosial sejak malam tadi.

Laman Facebook Sukan Star TV yang berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendakwa, lelaki itu mengamuk selepas isterinya mengadu perlu menunggu giliran untuk masuk ke dalam premis berikutan ramai pelanggan.

“Mengamuk pukul pekerja Speedmart. Katanya isteri mengadu kena beratur dekat luar kedai sebab ramai pelanggan,” dakwa kapsyen tersebut.

Rakaman CCTV berdurasi seminit itu memaparkan dua pekerja terbabit sedang berehat di luar premis sebelum didatangi lelaki berkenaan yang bertindak memukul dan menendang mangsa.

Namun, lelaki tersebut mula beredar dari lokasi kejadian selepas didatangi beberapa orang awam bagi meleraikan pergaduhan.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh seorang gadis iaitu tunang kepada lelaki terbabit selepas membuat laporan polis menerusi perkongsian ciapan di Twitter @AsalGombak awal pagi tadi.

Bukan pasal mengadu kena beratur!

Berdasarkan laporan polis, gadis itu mendakwa dia telah ditegur oleh salah seorang pekerja berkenaan ketika menunggu di atas motosikal sementara tunangnya membeli barangan di dalam premis.

“Awak meh la duduk sini, panas tu. Sini redup,” kata pekerja itu seperti didakwa gadis tersebut.

Tidak selesa diganggu, dia terus menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada tunangnya sebelum lelaki terbabit segera keluar dari premis berkenaan.

Dakwa gadis itu lagi, pekerja tersebut bagaimanapun nafi telah melakukan ‘gangguan’ tersebut sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap tunang si pengadu.

Ooh macam tu ceritanya! Tapi, ada juga netizen mahu pekerja terbabit tampil membuat kenyataan. Baru la adil mendengar kedua-dua pihak. Moga dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber: FB Sukan Star TV , Twitter @AsalGombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *