Selalu Urus Jenazah Covid-19, Anak Ini Tak Sangka Hari Ini Urus Jenazah Ibu Sendiri

Sejak wabak Covid-19 merebak di Malaysia awal tahun lalu, banyak korban jiwa yang menjadi mangsa terutamanya golongan berpenyakit dan berusia.

Tak sedikit ahli keluarga yang terpaksa kehilangan orang tersayang akibat virus ini. Malah ramai juga yang tak sempat berjumpa buat kali terakhir, kerana jenazah pesakit Covid-19 selalunya diuruskan oleh petugas khas.

Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk menyentuh jenazah bagi mengelakkan mereka daripada tertular virus yang masih ada pada jasad pesakit.

Melalui sebuah ciapan di akaun Twitternya @IamAjak, lelaki yang bekerja sebagai petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 ini berkongsi satu pengalaman paling berat untuknya sepanjang dia bertugas.

Lelaki yang dikenali sebagai Ajak ini menulis di ciapannya:

Selaku petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 selalunya aku menguruskan jenazah orang lain.

Hari ini serba tak kena buat aku. Aku menguruskan jenazah mak aku.

Ya, mak aku sendiri.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siapa sangka, kerja yang dilakukannya sehari-hari itu menjadi yang terberat untuknya apabila harus menguruskan jenazah ibu sendiri, tanpa keluarga di sisi.

Ajak kehilangan ibunya, Allahyarhamah Patimah Ibrahim pada jam 11.30 malam semalam akibat wabak Covid-19.

Sumber: Twitter @IamAjak

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *