(Video) Sebak, ‘Post’ Terakhir Di Instagram Siti Sarah, Peluk Dan Cium Anak-Anak Buat Kali Terakhir

Rakyat Malaysia menerima berita duka dengan pemergian penyanyi tanah air, Siti Sarah Rassuddin, pagi tadi.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada jam 5.13 pagi, setelah hampir seminggu bertarung nyawa melawan Covid-19.

Dalam keadaannya yang kurang mengizinkan, Siti Sarah melahirkan seorang bayi lelaki di usia kandungannya yang kelapan bulan, melalui kaedah pembedahan.

Sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan rapi, Siti Sarah sempat memuatnaik sebuah video singkat melalui laman Instagramnya. Video yang dia repost dari hantaran suaminya, Shuaib Sepahtu itu merupakan hantaran terakhir Siti Sarah sebelum pergi buat selamanya.

Video yang dimuatnaik tiga hari lalu itu menunjukkan Siti Sarah sedang memeluk anak-anaknya sebelum dimasukkan ke hospital.

Siapa sangka, itu merupakan sentuhan terakhir ketiga anak-anak ini dengan ibu tercinta, sebelum pergi dijemput Ilahi.

Takziah buat keluarga Siti Sarah. Semoga diberikan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini.

Sumber: Instagram Siti Sarah Raissuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *