‘Lepas 18 Tahun Ini Ke Cara Awak Tinggalkan Saya?’ – Wanita Kesal Suami Lari, Siap ‘Kebas’ Barang Rumah

Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang berkekalan. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik mengecapi kebahagiaan bersama-sama hingga selamanya.

Begitulah yang dilalui seorang wanita ini apabila dia mendakwa ditinggalkan suaminya selepas 18 tahun membina mahligai bersama.

Tak sangka ditinggalkan suami

Foto: CupOfLove7

Memetik laporan Daily Mail, wanita yang dikenali dengan nama Porsche Moore Rosmon mengakui sebelum ini dia mempunyai masalah rumah tangga bersama suami, Brian selepas lelaki itu seakan kurang bersetuju dengan pekerjaan yang dilakukan Porsche. Malah, Brian juga pernah meminta isterinya itu memilih antara meneruskan pekerjaannya sebagai usahawan atau rumah tangga mereka.

Namun, Porsche tidak memberi apa-apa kata putus. Porsche mendakwa tidak sangka suaminya akan memutuskan hubungan mereka kerana malam sebelum dia berangkat ke outstation, hubungannya bersama suami dalam keadaan baik. Bukan itu sahaja, Brian juga kerap menghubungi Porsche menerusi pesanan mesej ketika wanita itu outstation sehinggalah pada suatu hari, Porsche langsung tidak menerima apa-apa mesej daripada Brian.

Selepas 18 tahun, ini ke cara awak tinggalkan saya? Saya hanya ada diri saya sekarang ini.

Dalam rumah kosong, barang ‘hilang’

 

Selepas selesai melakukan kerja, Prosche telah pulang ke apartmentnya dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat keadaan di dalam rumahnya itu sudah hampir kosong. Dakwa Porsche lagi, katil, mesin basuh dan pengering juga sudah tiada.

Saya sampai di rumah, saya membuka pintu dan saya menjerit dengan kuat, saya yakin jiran saya mendengar saya. Saya menangis. Seluruh pangsapuri saya, semuanya hilang.

Suami saya pergi. Dia meninggalkan barang kemas saya dan baju pengantin. Dia mengambil semua yang lain, termasuk beberapa barang milik saya.

Dakwa Porsche lagi, suaminya langsung tidak meninggalkan apa-apa nota atau surat menjelaskan tindakannya itu. Tidak terhenti di situ, Brian juga dikatakan telah menyekat nombor telefon dan semua akaun media sosial Porsche. Menurut Porsche, dia juga cuba menghubungi ibu mentuanya namun wanita itu seakan memihak kepada anak lelakinya dan berharap agar urusan penceraian mereka akan diselesaikan segera.

Respon Brian

Foto: CupOfLove7

Sementara itu, seorang individu yang dipercayai adalah Brian mendakwa dia dan Porsche memang sudah merancang untuk berpindah dari rumah tersebut.

Saya mengambil barang adalah untuk ‘tolong’ isteri saya kerana barangnya terlalu banyak dan ruang simpanannya sudah penuh. Tambahan pula, Porsche akan berpindah ke sebuah pangsapuri berperabot lengkap.

Porsche juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberikan kata-kata semangat buatnya untuk meneruskan kehidupan.

Sumber: Daily MailCupOfLove7

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *