Cara Mohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021

Permohonan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti & mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat, syarat kelayakan serta cara membuat permohonan.

Apakah Rumah Mesra Rakyat?

  • Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
  • Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000.
  • SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam risalah di bawah.

Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Konsep binaan RMR adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.

Harga RMR adalah seperti berikut:

1. Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman: RM55,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300

2. Keluasan rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga RM85,000
  • Subsidi pembinaan RM20,000
  • Jumlah pinjaman RM65,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM350

3. Keluasan rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)

  • Harga RM75,000 – RM106,500
  • Subsidi pembinaan RM20,000
  • Jumlah pinjaman RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300 – RM470

Cara Permohonan

Pemohonan RMR boleh dibuat secara online ataupun manual.

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Bagi membuat permohonan online, boleh rujuk cara berikut:

  1. BUKA LAMAN WEB – Layari http://rmr.spnbonline.com.my
  2. KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem
  6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang & Cetak Borang
  7. MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon Rumah Mesra Rakyat adalah bertanggungjawab untuk:

  • Mengisi & melengkapkan borang permohonan yang disediakan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi yang betul
  • Menyediakan sumber bekalan air & elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika anda perlu)

Semakan Status Kelulusan

  • Mengikut semua prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan pada kewangan tahunan.
  • Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas & syarat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Rumah Mesra Rakyat SPNB, boleh hubungi :

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
Tel: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
E-mail: spnb_semeling@spnb.com.my

CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Tel: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
E-mail: spnb_melaka@spnb.com.my

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
Faks: 06-601 3507
E-mail: spnb_n9@spnb.com.my

CAWANGAN TERENGGANU
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
E-mail: spnb_kualaterengganu@spnb.com.my

CAWANGAN PERAK
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

CAWANGAN KELANTAN
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

Penafian – Bahan yang admin share dihalaman ini sekadar tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Mohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB 2021” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *