‘Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000’ – Ibu Tiri Dedah Hasrat Terakhir Siti Sarah

Pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin pada hari Isnin lalu sangat meninggalkan kesan buat kita semua. Satu per satu kebaikan arwah didedahkan oleh orang ramai terutamanya dari rakan selebriti.

Memetik laporan Harian Metro, ibu tiri kepada Siti Sarah iaitu Siti Fatimah mendedahkan arwah sempat memintanya untuk menyumbangkan sejumlah wang yang begitu banyak kepada pihak kurang bernasib baik.

Pindahkan semua duit

Siti Fatimah menceritakan arwah Siti Sarah meminta dia untuk memindahkan sejumlah wang ke akaun peribadinya sendiri pada hari sebelum dia dimasukkan ke hospital, tempoh hari. Malah, arwah juga meminta ibu tirinya itu untuk sedekahkan RM30,000 ke insan yang memerlukan.

Pada hari dia dibawa ke hospital, arwah minta saya pindahkan semua wang dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya. Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan.

Mahu berehat

Ujarnya lagi, arwah Siti Sarah pernah memaklumkan kepadanya hasrat ingin berehat seketika pada bulan Ogos. Malah, dia juga dimaklumkan arwah ingin mencari model baharu sebagai menggantikan wajahnya kepada beberapa produk.

Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.

Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *