Hampir 400 Ribu Tak Setuju Sekolah Dibuka Pada 1 September

Umum mengetahui sejak berlakunya peningkatan kes Covid-19, banyak sektor ekonomi telah ditutup dan ini juga termasuklah sekolah. Hal ini kerana risiko jangkitan berlaku di kawasan sekolah adalah tinggi kerana tahap kepatuhan SOP dalam kalangan kanak-kanak adalah kurang meyakinkan.

Bukan itu sahaja, negara kita telah melalui beberapa fasa dimana sekejap sekolah dibuka dan kemudian disambung pula dengan pembelajaran secara di rumah iaitu PDPR. Memandangkan Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka mulai 1 September nanti, ramai mak ayah yang sudah gusar kerana kes Covid-19 masih tinggi!

400 RIBU RESPONDEN TAK SETUJU PEMBUKAAN SEKOLAH PADA 1 SEPTEMBER

Menurut JK Pendidikan PH (JKPPH) yang mengambil maklum mengenai keputusan KPM, adalah untuk mempertimbangkan keputusan membuka sekolah pada 1 September 2021. Hal ini telah menimbulkan banyak kegusaran dalam kalangan masyarakat.

JKPPH telah mengambil sikap proaktif dengan mengadakan pungutan suara (survey) atas talian yang telah dilakukan dalam tempoh 48 jam bermula dari 11/8/2021 sehingga 13/8/202.21,446 responden telah menyertai pungutan suara tersebut yang terdiri dari kalangan ibu bapa, guru-guru dan kakitangan sekolah, seramai 94.6% (398,687 orang) tidak bersetuju untuk sekolah dibuka pada 1 September, dan hanya 5.4% sahaja yang bersetuju.

Dari semua responden tersebut, seramai 87.1% (367,079 orang) terdiri dari kalangan ibubapa, manakala 9.7% adalah guru, dan 2.4% adalah dari kakitangan sekolah. Bilangan kes dan kematian yang semakin meningkat menjadikan ibu bapa tidak mahu memperjudikan nasib anak-anak mereka.

Di samping itu, pelbagai pungutan suara juga telah dilakukan oleh banyak pihak melalui atas talian membantah sekolah dibuka pada 1 September nanti. Hal ini perlu diberikan perhatian serius oleh KPM di dalam membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

*Sama-sama kita nantikan apakah keputusan pihak Kementerian kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *