’14 Ahli Keluarga Positif Termasuk Mak & Abah’ – Yana Samsudin

Pelakon Yana Samsudin, 36, mengesahkan 14 ahli keluarganya di Yong Peng, Johor positif virus Covid-19.

Mak abah antara positif

Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin menyatakan ibu bapanya antara yang dijangkiti wabak maut tersebut.

Bismillah, keputusan keluar hari ini. Semua ahli keluarga saya di Yong Peng Johor positif Covid-19 .

Astagfirullahalazim.. Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya. Mak, abah dan semuanya, please stay strong . Kami jauh.

Semoga mereka kuat

Sebelum ini pada Ahad, pelakon filem Adnan Semp-it memberitahu seramai 12 orang yang positif namun jumlah itu meningkat pada Isnin.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fadzil Zahari mengingatkan individu yang menjadi kontak rapat keluarganya agar segera melakukan ujian calitan.

Assalamualaikum dukacita dimaklumkan ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif Covid-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak.

Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala. Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan. Tak tahulah nak sedih atau apa. Semoga mereka kuat dan sihat semuanya.

Sumber: Instagram @yanasamsudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *