[VIDEO] Bomba Terpaksa ‘Gergaji’ Mesin Basuh Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat

Tak dinafikan kanak-kanak yang berada dalam proses tumbesaran memang sangat aktif, lasak dan berani mencuba sesuatu perkara yang baharu. Sampai mak ayah pening kepala nak jaga!

Namun, bagaikan mimpi ngeri buat seorang kanak-kanak lelaki apabila badannya tersekat pada sebuah mesin basuh separa automatik.

‘Tersekat’ dalam mesin basuh

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video dikongsi seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Waly Hashim, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang ‘tersekat’ pada bahagian pengering mesin basuh separa automatik. Susulan daripada itu, pihak JBPM bertindak memotong bahagian mesin basuh menggunakan satu peralatan khas tersebut bagi mengeluarkan kanak-kanak itu.

Sebelum proses pemotongan itu berlaku, kanak-kanak itu dilihat begitu ‘tenang’ sebelum mengalirkan air mata ketika proses pemotongan berlangsung. Kanak-kanak itu bagaimanapun, berjaya dikeluarkan pihak JBPM setelah bahagian mesin basuh tersebut dipotong. Namun, tiada info lanjut berhubung bagaimana kanak-kanak itu boleh tersekat di situ.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang wanita bermurah hati untuk membelikan mesin basuh baharu buat keluarga ini bagi menggantikan mesin basuh yang telah dipotong oleh pihak JBPM bagi mengeluarkan kanak-kanak itu.

Video penuh:

 

Nangis mak hang!

Sumber: Waly Hashim

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *