Analisis Bakal Perdana Menteri, Sekurang-Kurang Ada 5 Nama Besar Calon PM, Adakah Mereka Layak

KUALA LUMPUR: Sorotan penting politik negara hari ini lebih tertumpu kepada Yang di-Pertuan Agong apabila ketua-ketua parti akan dipanggil menghadap dipercayai bagi menentukan calon Perdana Menteri kesembilan serta proses pembentukan kerajaan baharu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka menerima menghadap ketua-ketua parti utama di Istana Negara, bermula jam 2 petang ini.

Dalam sesi menghadap itu, mereka dijangka mempersembahkan nama-nama calon Perdana Menteri baharu, sekali gus membolehkan Seri Paduka mendapat gambaran jelas berkenaan tahap sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap calon berkenaan.

Antara pemimpin politik yang dicanangkan sebagai bakal calon Perdana Menteri ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein.

Desas-desus turut mengaitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Andaikan itu dibuat pemerhati dan penganalisis politik yang berdasarkan kepada sokongan dan kedudukan parti dan gabungan masing-masing, selain bersandarkan pengalaman lama yang dimiliki mereka.

Namun, untuk menjadi Perdana Menteri, mereka sekurang-kurangnya memerlukan sokongan majoriti mudah 111 daripada Ahli Parlimen bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Ketika ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi kerana dua kerusi lagi masih kosong berikutan kematian penyandangnya.

Bagaimanapun pada masa ini, setiap blok parti politik dikatakan masih berdepan kebuntuan kerana tiada satu pun mempunyai majoriti itu melainkan mereka berkompromi untuk mengukuhkan kedudukan dan membentuk jajaran baharu.

Setiap ahli Parlimen perlu hantar nama calon PM ke Istana Negara sebelum 4 petang esok, kata speaker

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata setiap ahli Parlimen perlu menghantar nama calon perdana menteri pilihan mereka ke Istana Negara sebelum pukul 4.00 petang esok.

“Saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat (YB) supaya menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh YB untuk menjadi perdana menteri Malaysia yang ke-9.

“Surat akuan yang berhormat hendaklah diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya pada rabu 18 Ogos sebelum jam 4 petang,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Azhar turut memberikan garis panduan dengan beberapa butiran termasuk pengenalan diri, memberikan nama seorang ahli Dewan Rakyat sebagai calon dan pengakuan yang terang, jelas dan tanpa syarat.

Menurutnya, surat akuan yang tidak mematuhi garis panduan yang diberikan dan lewat diterima tidak akan diambil kira.

Hari ini, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan memulakan pencarian perdana menteri baru yang pada hemat baginda mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ia adalah susulan peletakan jawatan oleh Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri semalam sekali gus menjadikan beliau sebagai perdana menteri sementara sebelum lantikan perdana menteri baru berlaku.

Azhar dalam kenyataan hari ini turut memperingatkan semua ahli Dewan Rakyat untuk menjaga kerahsiaan surat akuan yang diserahkan mereka kepada istana.

“Ahli-ahli YB diperingatkan untuk menjaga kerahsiaan surat akuan tersebut sehingga Yang di-Perutan Agong membuat keputusan.”

Tengku Razaleigh Hamzah vs Ismail Sabri vs Anwar Ibrahim PM

Setiap antara 3 figura di atas ada kekuatannya tersendiri.

  1. Tengku Razaleigh Hamzah, ahli politik veteran walaupun tampak tiada kekuatan dalam parti UMNO tetapi mempunyai pengalaman luas, tiada kontroversi, ciri kepimpinan yang kuat yang dilihat PALING IDEAL untuk menggalas tugas seterusnya menjadi PM ke 9. Kawan dan lawan, Melayu Cina India dilihat boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang seterusnya tatkala dilantik kelak
  2. Anwar Ibrahim, antara pemimpin yang dilihat ada karisma, kepimpinan dan pengalaman, mempunyai sokongan kuat di luar kerajaan sebagai pembangkang TETAPI masih ramai musuh politik yang tidak suka beliau menyebabkan ia HALANGAN TERBESAR untuk angkat sumpah perdana menteri.
  3. Ismail Sabri, antara pemimpin yang NAIK era COVID 19 berada di bawah kerajaan Perikatan Nasional, masih mempunyai sokongan dalam kalangan bekas menteri dan penyokong PN TETAPI masih tidak cukup untuk membentuk kerajaan majoriti

Calon Lain Perdana Menteri Malaysia ke-9

Mahathir Mohamad

Sekiranya sebuah kerajaan sementara diputuskan untuk dibentuk hasil gabungan campuran ahli-ahli parlimen tanpa mengambil kira parti, Tun Mahathir Mohamad merupakan individu paling neutral kedudukannya untuk mengepalai kabinet sementara itu.

Berpengalaman luas dalam sepak terajang politik, beliau berjaya memanipulasi iklim politik negara dengan cermat sehingga kembali sebagai PM ke 7 sebelum dirinya mendakwa telah hilang sokongan majoriti, menyebabkan dia memilih untuk meletak jawatan.

Anak kelahiran Kedah dan bekas doktor ini dihormati bukan saja di kalangan pihak kerajaan bahkan pihak pembangkang, meletakkan beliau dalam kedudukan yang agak unik berbanding calon-calon lain yang kami senaraikan di sini. Namun dari segi pembahagian kuasa, jumlah kerusi parlimen agak kecil yang dikuasai beliau agak kecil sedikit sebanyak menyukarkan laluan beliau untuk kembali terpilih.

Di antara semua calon dalam kerajaan Perikatan Nasional ketika ini paling layak menjawat jawatan PM, nama Dato’s Sri Mustapa Mohamed mungkin jarang kedengaran.

Beliau adalah antara ahli politik yang kurang kontroversi, kurang bercakap serta tidak banyak menimbulkan ‘kerenah’ dalam parlimen. Tindakan kontroversi paling besar yang beliau lakukan setakat ini, adalah bertukar parti dari UMNO ke Bersatu yang menyebabkan banyak pihak dari UMNO mengkritik tindakan beliau.

Tetapi kebolehan beliau dalam kerajaan tidak boleh dinafikan. Beliau terpilih untuk berkhidmat di bawah PM ke 4, 5, 6 dan 8 dalam beberapa portfolio menteri, khasnya melibatkan urusan ekonomi dan kewangan – sesuai dengan kelayakan beliau dalam bidang ekonomi.

Kedudukan beliau yang harus diakui dihormati dan disegani majoriti parti komponen Perikatan Nasional serta sudah sedia berada dalam kerajaan, mungkin akan membantu menjernihkan ketegangan sedia ada.

Mungkin pilihan terakhir kami ini sukar diterima ramai, tetapi dalam situasi sekarang bagi kami Dato’ Sri Mustapa Mohamaed mungkin adalah orang paling sesuai untuk menghentikan segala sengketa politik yang sudah terlalu lama melanda negara kita.

Namun kami tahu, politik yang suasanya reda bukanlah politik namanya di Malaysia.

Muhyiddin Yassin

Ada kemungkinan juga, selepas semua konflik yang melanda kita dan perkiraan semula jumlah sokongan ahli parlimen dalam menentukan tahap sokongan calon Perdana Menteri ke 9 – kita akan menyaksikan kembali Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali sebagai PM kita.

Jika ini berlaku, kami ucapkan syabas terlebih dahulu kepada beliau kerana menjadi individu pertama dalam sejarah negara kita mampu melakukan percaturan sedemikian rupa.

Azmin Ali

Pernah diisytiharkan sebagai Menteri Besar Selangor terbaik selepas mengambil alih tugas itu, Dato’ Seri Azmin Ali akhirnya memilih jalan untuk keluar daripada gabungan yang telah lama dia sertai untuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

Tindakan itu yang mencetuskan perdebatan hangat, mengakibatkan beliau serta beberapa orang lagi pemimpin yang menurut jejak langkahnya mula dilabelkan pengkhianat atau pembelot. Semua yang perlu ditempuhi beliau kini, bukanlah sesuatu yang asing untuk sosok tubuh itu.

Seorang lulusan ekonomi, Azmin memulakan karier sebagai salah seorang pegawai di bawah Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas pemecatan ‘bossnya’, Azmin menjadi penggerak utama gerakan reformasi yang membawa angin perubahan dalam politik negara kita.

Ekoran gejolak politik ketika itu, Azmin memenangi kerusi pilihanraya negeri seterusnya mula menjadi wakil rakyat negeri Selangor, sebelum menang kerusi Parlimen Gombak pada tahun 2008. Selepas Langkah Kajang tidak berhasil, akhirnya Azmin menjawat jawatan Menteri Besar.

Sepanjang karier politik, Azmin telah melalui bermacam jenis dugaan, difitnah dengan bermacam jenis tohmahan termasuklah tuduhan buruk melibatkan ahli keluarga sendiri. Namun kemampuan yang ditonjolkan semasa menjawat jawatan Menteri Kanan dalam kerajaan, membuktikan segala kemampuannya.

Adakah Azmin Ali akan langkah bendul, berjaya menjadi PM terlebih dahulu sebelum bekas boss-nya? Kita sama-sama tunggu dan lihat apa hasilnya.

Sumber Utusan/Illuminasi

kredit: two e.kesah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *