Cubaan Lari Dari Tallban, Rakyat Afganlstan Jatuh Dari Langit Selepas Berpaut Pada Pesawat

Viral beberapa rakaman video di media sosial mengenai tingkah laku sebilangan besar rakyat Afghanistan yang sanggup membah4yakan diri sendiri apabila berpaut pada kapal terbang milik tentera Amerika Syarikat (AS) tatkala kapal tersebut sedang bergerak.

Situasi huru hara itu dipercayai berpunca daripada perasaan t4kut yang melampau terhadap puak pember0ntak, T4liban. Kesemua individu dilihat terdesak mahu meninggalkan negara mereka dengan kadar segera.

Ramai yang jatuh dari langit

 

Menerusi laporan media Askava, tiga individu dilaporkan sudah menlnggal dunia sebaik sahaja terjatuh dari kapal terbang tenter4 Amerika Syarikat semasa berlepas dari Lapangan Terbang Kabul.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai berpaut di luar kapal terbang sebelum terjatuh dan terhemp4p di landasan lapangan tersebut.

 

Terdahulu, puluhan ribu rakyat telah meninggalkan kawasan kediaman mereka dan melarikan diri setelah Taliban menakluk beberapa ibu kota di Afghanistan.

Lebih parah, mereka semua seolah hilang arah selepas Presiden Afghanlstan iaitu Ashraf Ghani dilaporkan telah meninggalkan negara terbabit.

Beliau dipercayai tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku di sana. Tindakan presiden tersebut juga telah menimbulkan kemar4han dan kebingungan rakyat setempat sehingga ada yang menganggap beliau seorang yang peng3cut.

Di samping itu, segala kekac4uan yang berlaku di sana juga bermula apabila Amerika Syarikat (AS) bertindak memanggil pulang hampir keseluruhan tenter4 mereka yang bertapak di Afghanistan.

AS yang mulanya berjanji untuk membawa pulang semua tenteranya dari Afghanlstan pada 11 September 2021 telah bertindak melakukan perkara tersebut lebih awal dari jadual.

Difahamkan usaha itu telah mula dilakukan secara senyap dan pantas sejak bulan Mei lalu. Pada bulan Jun, difahamkan bahawa lebih 50 peratus tentera AS sudah pulang ke negara mereka.

Pada bulan Julai pula, Jabatan Pertahanan AS mengumumkan bahawa mereka sudah membawa pulang 90 peratus tenter4 mereka. Manakala saki baki tentera AS yang lain, akan mula keluar dari Afghanlstan pada akhir bulan Ogos.

Sumber : ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *