“Kau Jgn Ingat Lawak Kri..,!!” Bonda Rozita Mengamuk Kat Aliff Syukri

Semalam Malaysia kecoh dengan peletakkan jawatan dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin akibat kehilangan sokongan majoriti dari ahli parlimen. Dan dalam pada itu, usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri turut memuat naik sekeping borang permohonan untuk menjadi Perdana Menteri ke-9 di laman sosial instagramnya mungkin berniat untuk berseloroh bergurau.

 

Namun perkongsiannya itu telah mendapat perhatian dari bondanya iaitu Bonda Rozita. Yang mana kelihatan bengang dengan gurauan yang dilakukan oleh anak lelakinya itu.

Jangan ingat lawak kri yer mak tak kira kri anak Mak atau sape , kalau salah Mak tegur ..!! Tetiba nak jadi PM Mak takut sangat , Berangin Mak sejak malam tadi x tidur – mak tak caye ko ni , ntah2 betul ko buat ..!! Jangan jadi ahli politik, org berniaga xboleh jadi ahli politik – nanti byk kepentingan diri sendiri – bukan niat nak jaga negara sbb ko ni merapu – habis negara ..! Mak sayang sumpah sayang – Syang kri sayang negara – mak minta maaf kri tau – sound setepek utk kri tau stand mak Fokus pd niaga dn jaga anak2 kedepan – byk org yg lebih layak bukan kri ..

Panjang lebar bebelan Bonda Rozita terhadap anak lelakinya itu.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan pendapat mereka selain ada juga yang turut terhibur dengan bebelan dari Bonda itu.

Sumber: Instagram bondarozitaibrahim

Kredit  : Apahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *