Ismail Sabri Angkat Sumpah PM Ke-9 Esok

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada esok (Sabtu), jam 2.30 petang di lstana Negara.

Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda menzahirkan pandangan kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik Covid-19 dan baginda berharap kemelut politik dapat berakhir dengan pelantikan Perdana Menteri ini.

”Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri ini, maka Kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik ini.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara,” memetik keyataan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Istana Negara 

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *