Usahawan Kosmetik Maut, Tiga Lagi Cedera Terlibat Kemalangan Kereta Bertembung

Seorang maut, manakala tiga lagi tercedera selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 11, Jalan Gaung-Kuala Ping berhampiran Kampung Matang.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.40 malam Khamis itu telah menyebabkan seorang peniaga kosmetik bernama Muhammad Marhafizan Muhammad maut di tempat kejadian.

Tiga ahli keluarganya yang lain termasuk kanak-kanak berusia dua dan 10 tahun dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira bersama isteri dan anak perempuannya dikatakan dari arah Jabi, Besut telah hilang kawalan ketika melalui selekoh.

Akibat daripada itu kenderaan mereka dipercayai berpusing dan telah masuk ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud telah mengesahkan kejadian terbabit.

Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang tercedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Kes tersebut akan disiasat mengikut  Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *