Elisya Sandha, Anak Sheila Rusly Selamat Diijabkabul.. Hantaran RM22,222.22!

Pelakon dan adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha telah selamat dinikahkan dengan anak lelaki Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada 3.11 petang tadi.

Pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disaksikan keluarga terdekat sahaja.

Diadakan pada saat akhir

Foto: Sheila Rusly

Memetik laporan BH Online, pasangan dua sejoli ini telah dinikahkan berwalikan ayah kepada pengantin perempuan iaitu Mohd Faisal Abdullah. Elisya Sandha telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Ujar Elisya, dia dan anak kepada Sheila Rusly itu sepatutnya ingin bernikah pada 22 Februari tahun hadapan tetapi terpaksa diawalkan berikutan pandemik Covid-19.

Sejujurnya, perancangan berkahwin hari ini diputuskan pada saat akhir. Saya dan suami terus melakukan persiapan perkahwinan serba sederhana apabila mendapat tarikh pernikahan, kira-kira dua minggu lalu.

Kami mahu mempercepatkan majlis pernikahan berikutan situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu.

Jadi, kami laksanakan apa yang wajib dahulu. Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis keraian di kampung halaman di Perlis. Cuma, tarikhnya belum ditetapkan lagi.

 

Alhamdulillah…

 

Melepaskan adik bongsu

Sumber: BH Online

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *