Zuraida teringin pergi ke Afghanistan untuk bimbing Taliban bantu golongan wanita

Baru-baru ini, Taliban dilaporkan berjaya menawan Afghanistan setelah memasuki Istana Presiden di Kabul. Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani pula melarikan diri setelah mengetahui perkara itu dan meninggalkan rakyatnya dalam keadaan kucar-kacir.

Disebabkan ramai rakyat Afghanistan bimbang Taliban akan memerintah negara itu dengan amalan lama (syariah) seperti hukuman rejam, sebat dan gantung termasuk wanita tidak dibenarkan bekerja, membuatkan rakyat ketakutan dan memilih untuk melarikan diri dari negara itu.

Bagaimanapun, Taliban kali ini berjanji akan memerintah Afghanistan dengan cara yang lebih baik. Ini termasuk menghormati hak kaum wanita dan melindungi warganegara dan warga asing.

Isu ‘peralihan kuasa’ di negara itu turut menarik perhatian Zuraida Kamaruddin yang menyatakan hasratnya ke negara berkenaan bagi membimbing kerajaan baharu Taliban dari segi pembangunan dan pemberdayaan wanita seperti mengoptimumkan peranan wanita dalam politik, pendidikan, ekonomi dan masyarakat.

“Sekiranya berpeluang, saya turut berminat untuk ke sana sekali lagi. Kali ini bagi membantu membimbing pemerintah dan rakyat Afghanistan dari segi aspek pembangunan dan pemberdayaan wanita.

“Mungkin terdapat sedikit sinar harapan untuk kemajuan wanita di rantau itu apabila pemimpin Taliban menyuarakan pendirian bagi membenarkan kanak-kanak perempuan meneruskan pendidikan.

“Kita harus melihat sejauh mana komitmen Taliban untuk terus membenarkan perkara tersebut dilaksanakan. Kita harus terus mencari jalan agar wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan mempunyai peluang untuk memajukan diri mereka demi matlamat untuk mencapai masa hadapan lebih baik,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *