(Video) Suka Bagi Makan Kat Burung-Burung Di Kubur, Pusara Ayah Dipenuhi Burung Lepas Meninggal Dunia

Kehilangan orang tersayang perit untuk diterima apatah lagi jika ianya berlaku sekelip mata. Walau berat untuk diterima, namun sebagai manusia kita harus redha akan setiap takdir yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Perkongsian daripada seorang gadis yang dikenali sebagai Zanna Jeffry di laman Tiktoknya mengenai pemergian ayahnya yang tersayang di Bulan Syawal dan kebaikan semasa ayahnya hidup benar-benar meruntun perasaaan ramai.

Difahamkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada hari kedua Syawal tahun ini akibat kanser. Apa yang menjadi perhatian ramai, anaknya ini berkongsi amalan yang sering ayahnya lalukan sehinggakan makluk lain turut menghargainya.

“Sebelum ayah meninggal, dialah manusia yang suka bagi burung-burung di kubur makan”

Bila dia dah tak ada, aku terkejut tengok burung-burung tu pergi duduk dekat dengan kubur ayah. Jadi, hari ini giliran aku untuk menggantikan tempat ayah beri burung ini makan.

 

Sumber: Zannajeffry

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *