(Video) Gadis Ini Tunjuk Cara Ular ‘Egg Eater’ Makan Telur Dan ‘Muntahkan’ Semula Kulit Telur

Ular merupakan pemangsa semulajadi. Ketika mereka berada di dalam sangkar, makanan yang paling sihat adalah tikus yang hidup ataupun beku. Namun, pernah tak korang terjumpa ular yang memakan telur?

Ya, ada spesis ular yang hanya memakan telur iaitu Egg Eater Snake. Bagaimana cara ia memakan telur tersebut dengan saiz badannya yang sangat kecil? Pasti korang ingin tahu lebih lanjut, jadi jom tonton video yang dikongsikan dari laman Tiktok, BHReptiles di bawah ini.

Difahamkan, ular ini akan membuka mulut seluas-luasnya untuk menelan sebiji telur burung puyuh. Apa yang menarik perhatian ramai adalah proses ular ini menghisap cecair telur tersebut dan akan memuntahkan semula cengkerang telur dalam keadaan yang baik. Unik kan?

Menurut pemilik haiwan ini, ular tersebut tidak berbisa dan manusia juga boleh pecahkan telur untuk ular ini tetapi terpaksa menggunakan ‘syringe-feeding’ kerana ular ini tidak ‘pandai’ untuk minum sendiri.

Jom tonton video ini untuk lebih tahu tentang proses haiwan ini makan dan memecahkan telur di dalam perutnya.

@bhreptilesHighly requested on IG 🐍 Egg Eater Snake feeding on a quail egg 🥚 #fyp #foryoupage #foryou #fypage

♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *