Kena perli sibuk rekod video, ramai kasihan lihat warga asing disindir frontliner

Program vaksinasi yang dijalankan di Malaysia sememangnya berada di landasan yang tepat apabila ramai yang sudah menerima sekurangnya dos pertama.

Pebagai kisah diterima sepanjang program ini berlangsung terutamanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ada yang ceria, ada yang sedikit mencetuskan rasa kurang senang warganet.

Dilayan dengan nada kasar

Salah satunya ialah perkongsian seorang pengguna TikTok menggunakan nama @user3292892820 yang telah memuat naik video ketika menerima suntikan vaksin.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan frontliner yang memarahi warga asing itu dan berkata dengan kasar sehingga membuatkan warganet berasa geram

 

 

Dia pun manusia jugak!

Hal tersebut menjadi perdebatan warganet di ruangan komen apabila merasa tindakan yang dilakukan individu penyuntik vaksin itu agak kurang sopan

Kenapa nak perli2 dia record video

Mesti sedih kalau dilayan macam tu

Dia orang tua kot, cakap la elok2

Kesian tengok dia

Video tersebut juga telah tular dan dimuat naik kembali di ruangan Twitter apabila ada pengguna yang berkongsi di laman sosial tersebut

Ramai yang menzahirkan rasa kasihan kepadanya kerana dilayan sebegitu dan menganggap tindakan kurang sopan itu tidak wajar dilakukan walaupun individu tersebut bukan warganegara tempatan.

 

Sumber: ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *