Bapa Terkejut Jumpa Kepala Anak, Badan Yang Dikerat Dalam Peti Sejuk Rumah Bekas Pemain Bola Sepak

Tindakan seorang bekas pemain bola sepak Ghana menyimpan beberapa kepala manusia di dalam peti sejuk menggemparkan dunia. Memetik laporan Daily Star, Richard Gyamfi ditahan pihak polis pada hari Ahad lepas di rumahnya di Perbandaran Sunyani.

Kepala di dalam peti sejuk

Foto: Daily Star

Bekas pemain bola sepak dan pengulas sukan berusia 28 tahun itu didakwa menyimpan beberapa kepala manusia termasuk kepala seorang remaja berusia 13 tahun di dalam peti sejuk di rumahnya. Malah, pihak polis juga berjaya menemui beberapa anggota badan mangsa yang telah dikerat dan disimpan di dalam peti sejuk berkenaan.

Rahsia tersebut terbongkar apabila bapa mangsa iaitu Thomas Agyei datang ke rumah Richard Gyamfi untuk mencari anak lelakinya Louis Agyemang Junior yang hilang beberapa hari.

Difahamkan, mangsa telah ke rumah suspek sebelum ‘menghilangkan’ diri. Selain itu, bekas pemain bola sepak itu turut menafikan tidak bertemu dengan mangsa dan tiada kaitan dengan kehilangannya.

Temui bilik yang terkunci

Foto: Daily Star

Bagaimanapun, salah seorang rakan Thomas Agyei memberitahu dia pernah ternampak mangsa bersama Richard Gyamfi dan masuk ke rumah berkenaan. Mereka memasuki rumah suspek dan pada awalnya tiada menemui sebarang petunjuk. Bapa mangsa tidak berpuas hati dan mula menggeledah ruang di dalam rumah sebelum menemukan bilik dengan pintu terkunci.

Bapa mangsa mendesak supaya suspek membuka pintu tersebut namun dia enggan berbuat demikian dan memberi alasan kunci pintu bilik itu telah hilang. Agyei dan rakannya tadi bertindak menendang pintu sebelum menemukan mayat anaknya tanpa kepala di atas lantai bilik tersebut.

Suspek telah dirujuk ke pakar psikiatri bagi mendapatkan sokongan dan kes ini masih dalam siasatan. Manakala, kesemua anggota badan mangsa telah dibawa ke bilik forensik hospital Perkhidmatan Polis Ghana di Accra untuk dibedah siasat.

Sumber: Daily StarHarian Metro

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *