[VIDEO] Wanita Bukan Saja Dipulau, Suami Pun Lari Sebab Malu Dapat Anak ‘Alien’

Tak dinafikan, ibu adalah seorang insan yang sanggup berkorban apa sahaja demi zuriatnya. Meskipun fizikal anak dicemuh serta dipersendakan secara keterlaluan oleh masyarakat luar, namun kasih sayang seorang emak ini tetap tidak luntur dan cekal harungi hidup.

Kanak-kanak lahir bentuk kepala berbeza kejutkan dunia

Setiap yang memandangnya akan terkejut, serta tidak mampu berkata apa-apa. Itulah antara reaksi masyarakat yang selalu diperolehi seorang wanita dari Kigali, Rwanda ini mengenai anak istimewanya. Dalam satu pendedahan dibuat oleh ‘Afrimax TV Online‘, kanak-kanak tersebut nyata mengejutkan dunia kerana dilahirkan mempunyai bentuk kepala yang berbeza daripada bayi normal lain.

Suami lari sejurus anak ‘alien‘ dilahirkan

Bukan sahaja dipulaukan penduduk kampung, Bajeneza Liberata turut ditinggalkan suami serta beberapa ahli keluarganya beberapa hari selepas didakwa melahirkan seorang ‘makhluk asing’. Bercerita lanjut, anak-anaknya yang lain tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan atau kecacatan fizikal. Namun disebabkan cuma anak bongsunya saja dilahirkan dengan bonjol terlebih besar berkenaan, maka dia perlu dibalut kain tebal bagi mengelakkan pandangan orang.

Tiada duit punca ibu tak bawa periksa tahap kesihatan

Tambah Liberata lagi, punca utama anaknya tidak dibawa rujuk kepada sebarang khidmat perubatan adalah tiada duit. Rentetan kisah tersebut menjadi tular, sebuah tabung derma khas diwujudkan bagi 2 beranak tersebut. Menurut platform atas talian yang menggerakkan inisiatif terbabit, kanak-kanak ‘berkepala unik’ itu perlu dibawa ke luar negara bagi mendapatkan rawatan perubatan segera susulan pasukan pakar tempatan tidak mampu mengenal pasti masalah utamanya.

Sumber: kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *