(Video) Menakjubkan, Rakaman Labah-labah ‘Menyulam’ Sarang Dengan Laju Dan Kemas Raih Lebih 38 Juta Tontonan

Jika hendak bercakap mengenai labah-labah, antara yang bermain di dalam fikiran adalah sarangnya yang boleh didapati di pelbagai sudut-sudut rumah. Malah, ada yang terpaksa membersihkannya setiap hari sekiranya sudut tersebut jarang dilalui.

Antara yang menarik perhatian beberapa hari ini adalah dengan tularnya satu video memaparkan seekor labah-labah sedang sibuk ‘menyulam’ sarangnya dengan laju. Lebih menakjubkan, sarang yang dihasilkannya seolah-olah sempurna kerana kelihatan kemas dan cantik sehinggakan ramai warganet yang kagum dengan ‘hasil seni’ serangga kecil itu.

Lebih 38 juta tontonan di aplikasi TikTok, perkongsian oleh dinaoren0 ini membuktikan bahawa labah-labah hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menghasilkan sarang. Jadi, tidak hairanlah sekiranya setiap kali anda membersihkan sarang itu, akan muncul semula dalam tempoh yang tidak sampai sehari.

@dinaoren0♬ original sound – דינה אורן

Sumber: @dinaoren0 , siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *