Video: Remaja lelaki teruk dikecam netizen slpas bandingkan sakit sunat dengan sengugut

Penggunaan teknologi terutamanya media sosial dalam kalangan remaja sememangnya sedikit ‘menakutkan’ lebih-lebih lagi jika mereka menggunakannya untuk tujuan yang salah.

Ada juga yang menyampaikan perkongsian yang boleh mencetuskan perdebatan sehingga mengundang pelbagai masalah lain.

VIDEO :

Salah satunya video yang tular sejak beberapa hari ini melibatkan seorang remaja yang memberi perbandingan mengenai kesakitan lelaki apabila berkhatan dan kesakitan perempuan ketika mengalami sengugut atau period pain.

Remaja lelaki tersebut telah mendapat kecaman apabila video TikToknya tular dan dikongsikan semula di Twitter.

Menurut video tersebut, remaja berkenaan memaklumkan yang sakit yang dialami oleh perempuan ketika datang bulan apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan sakit berkhatan atau bersunat bagi orang lelaki.

Kenyataan ‘beraninya’ telah mendapat kecaman oleh warganet yang meluahkan rasa tidak setuju dengan pendapatnya.

Hal ini kerana sakit yang dihadapi orang perempuan normalnya setiap bulan dan lelaki pula hanya sekali seumur hidup, itupun jika bersunat.

KOMEN:

Walau bagaimanapun, remaja lelaki tersebut difahamkan telah meminta maaf diatas kekhilafannya dalam mengeluarkan kenyataan. Dia juga sedar bahawa setiap manusia tak sempurna dan memaafkan sesiapa yang berkata tidak baik kepadanya.

Sumber: Twitter @tasy4lyfer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *