TERKINI: Mayat Anggota Tentera Yang Hilang Di Sungai Pahang Ditemukan Hari Ini – Tentera Darat

Anggota tentera yang dilaporkan hilang semasa latihan di Sungai Pahang di Bera pada Ahad lalu ditemukan maut.

Mayatnya telah ditemui oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran pada hari ini, kira-kira 70 kilometer daripada lokasi kejadian, menurut Tentera Darat

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Twitter Bernama sebentar tadi yang memetik kenyataan Tentera Darat.

“TDM menerima maklumat penemuan jasad mangsa pada 1 September 2021 jam 8.15 pagi di mana jasad beliau telah ditemui oleh penduduk kampung di kawasan Kampung Serengkam, Maran, Pahang kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, TDM turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak yang terlibat membantu secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat yang bermula pada 29 Ogos yang lalu.

Mangsa dilaporkan hilang dipercayai lemas ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang pada 29 Ogos lalu.

Sumber: Bernama / siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *