Gelagat Oyen sibuk mahu teman, ‘join’ tuan ‘membawang’ walaupun mata ped1h cuit hati netizen

Kucing sememangnya suka mencari tahu apa yang sedang dilakukan oleh tuannya, apatah lagi kucing bewarna jingga ataupun Oyen.

Rasa ingin tahu yang tingi membuatkan mereka akan muncul tidak kiralah apa pun yang bakal mereka hadapi.

Nak ‘join‘ tuan membawang kan sebenarnya?

Samalah seperti Oyen ini, di mana kucing bertuah tersebut dilihat berada di atas kerusi meja makan sambil menyaksikan tuannya memotong bawang.

Lucunya mata Oyen berkenaan kelihatan hampir tertutup rapat, sama seperti apa yang kita rasakan tatkala kita memotong bawang.

Sememangnya tugasan mengupas mahupun memotong bawang membuatkan mata kita berair dan seakan menangis.

Tahu mata ped1h tapi duduk juga di situ lagi..

Secara saintifiknya, apabila bawang dipotong, terdapat sebatian ‘lachrymator’ tertentu dilepaskan menyebabkan kalenjar lakrimal di sekitar mata mengalami iritasi.

Maka sebab itulah kita seperti menangis ketika memotong bawang. Tidak sangka pula si bulus pun mengalami nasib yang sama..

video :

Sumber : https://www.erabaru.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *