Murung Dalam Senyum, Petugas Offshore Dapat Tahu Tunang Bakal Nikah Orang Lain

Tugas offshore sememangnya menjanjikan pulangan gaji yang lumayan buat mereka yang sanggup harungi 1001 cabaran yang tersedia di lautan. Namun begitu, tak dinafikan antara dugaan terbesar adalah pengorbanan tempoh berpisah lama dengan ahli keluarga serta insan tersayang. Paling dirisaukan, waktu ‘merantau’ tiba-tiba dapat berita yang tidak menggembirakan

Itulah situasi yang dialami oleh seorang pemuda yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini. Ketika orang lain sibuk bekerja, dia dilihat seolah-olah melayan perasaan sambil meneliti telefon bimbit bersendirian. Rupa-rupanya, perakam dedahkan bahawa lelaki tersebut baru sahaja dapat tahu tunangnya kini bakal berkahwin dengan orang lain.

 

Bagi kata-kata semangat…member senyum saja

Susulan itu, dia ditenteramkan oleh rakan sekerja yang sudi memberi kata-kata semangat. Apa yang menariknya, pemuda tersebut tak pernah lekang daripada senyuman setiap kali member perasan gelagatnya tersebut. Namun apa yang dilihat di luar belum tentu mencerminkan apa perasaan sebenar yang terbuku di dalam hati

 

@_doreyzzReply to @adhamafiq25 dia okay ja bang 😊@_amalgreat ni orng dia bang♬ Terima Kasih – IamNeeta

 

Sungguh perit, dah tunang tinggal selangkah je lagi…semoga tabah, fikir kerja je dulu ok

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketabahan pemuda tersebut yang mampu tersenyum di sebalik dugaan menimpanya. Dalam pada itu, mereka turut terkilan dengan tindakan bekas tunangnya di saat lelaki berkenaan berjuang ‘menghalalkannya’. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih lebih 200 ribu views setakat ini.

Sumber : Al Kisah

One comment

  1. Banyak banyak sabar dik !
    Betina memang mcm tu.
    Insyaallah .Allah akan pertemukan jodoh isteri yg lebeh bagus lg.yg solleha.ada hekmat ye.tu.Apa yg kau rasa .abang dah rasa.betina memey tak setia
    Abang dulu mcm kau gak.
    Lg seminggu je nak majlis kenduri kahwin. Tup tup tunang minta putus.ada yg lain.hancur gak hati ni .bertahun gak frust.cinta pertama la katakan.
    Sabar .pengalaman hidup.teruskankerjaya tu.akan ada jodoh dan kebahagian nnti.
    Allah tu maha mengetahui dan maha adil.
    Sabar separuh dari iman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *