“Setiap 5 Minit Mesej & Video Call” -DS Vida Bahagia Dilamun Cinta Dengan Iqbal

Sejak beberapa minggu lalu, timbul cerita tentang usahawan terkenal iaitu Dato’ Seri Vida bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka yang lebih muda daripadanya. Malah khabar itu sendiri dikuatkan lagi apabila Ahmad Iqbal Zulkelfi selaku bekas pembantu peribadinya mendedahkan mereka pernah merancang untuk berkahwin pada tahun 2018

Muat naik perbualan melalui video call bersama bekas PA, Iqbal di Instagram

Walau bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab tertentu. Namun terbaru semalam, Dato’ Seri Vida telah memuat naik rakaman perbualannya sewaktu melakukan video call bersama Iqbal.

Date secepat mungkin…Tak payah gelaklah, saya serius ni

Menerusi rakaman berdurasi kurang 6 minit itu, bekas pembantu peribadinya itu meluahkan rasa rindu meskipun selalu berhubung melalui telefon setiap hari. Dalam pada itu, Iqbal turut memaklumkan kalau boleh enggan buang masa selain merancang untuk pinang usahawan berkenaan dalam masa terdekat.

Sikap dan pembawaan Dato’ Seri, nampak garang tapi sebenarnya sangat lemah lembut

Malah bukan itu sahaja, Iqbal juga mengakui dirinya jatuh cinta setelah melihat sikap bekas majikannya tersebut yang disangka garang namun sebenarnya sangat lembut. Kenyataan yang diberikan pemuda tersebut membuatkan anak kepada Dato’ Seri Vida iaitu Kacak bertukar malu.

 

Sumber: kisahdunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *