Beli Rumah Hasil Titik Peluh Sendiri, Wanita Kecewa Dihalau Lepas Suami Kahwin Baru – ‘Ini Isterinya, Perampas Suami Saya’

Tak dapat digambarkan bagaimana hancurnya hati seorang isteri apabila mengetahui si suami menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Itulah perasaan yang dilalui seorang wanita ini yang mendakwa telah dihalau dari rumahnya sendiri sebelum si suami berkahwin lain.

Dihalau dari rumah sendiri

Kisah sedih itu diceritakan oleh seorang wanita dari Indonesia menerusi beberapa video yang kini viral di media sosial. Berdasarkan video pendek itu, seorang wanita merakam suasana di dalam rumahnya termasuk di ruangan bilik tidur sambil menceritakan kejadian sebenar yang berlaku. Dengan nada yang menahan sebak, wanita ini mendakwa rumah tersebut telah dibeli dengan duit hasil titik peluhnya selama tiga tahun dengan menjual makanan.

Namun siapa sangka, ‘kehabagiaan’ yang dibina selama 16 tahun bersama suami akhirnya musnah dalam sekelip mata sahaja dek kehadiran orang ketiga. Dakwa wanita ini lagi, dia telah dihalau keluar dari rumah tersebut kerana si suami menuduh dirinya berlaku curang.

Ini isterinya, perampas suami saya. Dia menghalau saya dari rumah ini.

Suami rupanya dah kahwin lain

Tetapi sebaliknya yang berlaku, rupa-rupanya si suami sebenarnya yang berlaku curang bahkan sudah bernikah dengan wanita lain sejak sebulan yang lalu. Lebih menyakitkan hati apabila melihat semua peralatan termasuk pakaiannya di dalam rumah tersebut kini digunakan oleh isteri baru suaminya itu.

Alasannya dia menghalau saya keluar dari rumah kerana mengatakan bahawa saya curang, sedangkan dia yang sudah berkahwin baru sejak sebulan lalu. Selama 16 tahun saya dilakukan sebegini.

Dalam kesempatan itu, wanita ini meminta orang ramai supaya mendoakan dirinya menjadi seorang insan yang kuat untuk menempuhi hari-hari mendatang selain dapat menuntut semula haknya yang telah dirampas.

Video

Sumber: Liputan6Insta_julid

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *