[VIDEO] Anak Meraung Van Bawa Jenazah Ayah Lalu Depan Rumah – ‘Ayah.. Ayah.. Kenapa Ayah Pergi’

Memang tidak dapat dinafikan kehilangan individu yang tersayang amat perit untuk ditelan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ibu bapa kita sendiri. Walaupun agak sukar untuk terima kenyataan berkenaan, namun kita sebagai hambaNya perlu akur dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Meninggal akibat Covid-19

Video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Liza Naim, mengundang sebak orang ramai apabila kedengaran suara kanak-kanak menangis sebaik van yang membawa jenazah pesakit Covid-19 memperlahankan kenderaan sebelum berhenti di hadapan rumah.

Menurut perakam, jirannya itu mempunyai empat orang anak yang masih kecil namun dijemput Illahi sebaik dijangkiti Covid-19.

Ayah.. Ayah.. Kenapa ayah pergi.

Turut kelihatan kanak-kanak tersebut ditenangkan oleh penjaganya. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Krubung Jaya, Melaka.

‘Meninggalkan 4 orang anak masih kecil’

‘Semoga anak-anak ni kuat’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dengan nasib yang menimpa kanak-kanak tersebut dan dalam masa yang sama turut mendoakan supaya arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber : lizanaim93

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *