(Video)”Kami Dengar Bunyi Seakan Letupan,” Rakaman Objek Seakan ‘Obor-Obor’ Memasuki Langit Di Rusia Timbulkan Misteri

Kemunculan objek seakan ‘obor-obor’ di atmosfera Bumi membuatkan penduduk Rusia terpana, tulis The Sun UK.

Menurut portal itu, objek berkilau tersebut dilihat terbang merentasi ruang udara menuju ke bumi pada bulan lalu.

Salah seorang saksi tempatan dilaporkan berkata, objek berkenaan dilihat terbang perlahan, membuatkan mereka percaya ia mungkin roket.

“Saya dan kawan-kawan terlihat pergerakan beberapa objek di langit, ia seperti komet tapi bergerak perlahan. Kami percaya ia sejenis roket atau mesin terbang,” katanya seperti dilapor portal berkenaan.

“Tak lama kemudian ia meletup dan terjadinya bentuk seperti obor-obor. Malah, kami turut terdengar bunyi seakan letupan,” katanya lagi.

Tambah portal itu, beberapa penonton video tersebut percaya ia kemungkinan roket atau satelit yang kembali masuk ke dalam atmosfera.

Tapak pelancaran roket Russia’s Vostochny Cosmodrome dilaporkan terletak di wilayah tersebut, memberi kemungkinan ia adalah misil yang masuk semula ke atmosfera bumi selepas dilancarkan, lapor The Sun UK.

Sumber: The Sun UK ,siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *