First Time Bersua Muka, Pengantin Ketar Tangan & Laju ‘Reverse’ Salam Suami

Tak dinafikan, pernikahan merupakan detik bersejarah bagi setiap individu. Ikatan suci ini termeterai apabila kedua-duanya bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan amanah sepanjang melayari bahtera rumah tangga. Sejurus akad selesai, acara membatalkan air sembahyang sering kali mencuri tumpuan ramai walaupun ia bukanlah perkara yang wajib dilaksanakan.

Pengantin PKP ‘gabra’…ketar tangan nak salam sebab tak pernah jumpa

Lazimnya, si isteri pasti akan tersipu malu sewaktu bersalam dengan ‘imamnya’. Namun lain pula yang berlaku kepada pasangan pengantin PKP yang tular di TikTok ini, apabila kedua-duanya ‘gabra’ memandangkan kali pertama berhadapan jodoh masing-masing.

Nervous sampai terlepas bag wallet dari tangan…isteri pula terus reverse

Pada awalnya, saudara Umar Hakim berdiri tegak sambil menghulurkan tangan konon sudah bersedia. Namun gara-gara malu, isterinya tunduk dan teragak-agak untuk bersalam. Meskipun kekok, tapi ragam spontan kedua-dua pengantin ternyata sweet serta mencuit hati. Belum sampai 2 saat tangan saling bersentuh, bag wallet yang dipegang Umar terjatuh ke lantai manakala ‘jauzahnya‘ pula terus mengundur.

Comel tapi macam terkena electric shock dah…Nampak kesuciannya, seperti sentuh tu berdosa

Selain terhibur melihat tangan masing-masing ketar habis, netizen akui situasi tersebut memang cukup nervous apalagi pengantin yang baru pertama kali bersua muka. Dalam pada itu, mereka turut teruja melihat adegan sweet tersebut walaupun masing-masing sudah ‘halal’.

Sumber: viralnewsupdate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *