“Tak nak, cukup la ada 5 ayah” – Cik B Ded4h Selalu Gadvh Dengan Bakal Bapa Tlri

Pelakon dan penyanyi remaja, Cik B kurang bersetuju mengenai perancangan ibunya Datuk Seri Vida yang dikhabarkan mahu menam4tkan zaman j4nda pada Disember ini.

Menerusi temu bual rancangan Melodi, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin berkata ibunya dan kekasih Ahmad Iqbal Zulkefli mempunyai perbezaan umur yang agak ketara.

Selain mempersoalkan niat sebenar lelaki tersebut, remaja berusia 16 tahun itu mengakui ibunya seolah-olah dil4mun ‘ang4u’ apabila menjalani fasa percintaan.

“Mama umurnya dah tua, abang Iqbal baru umur 25 (27 sebenarnya). Macam mana abang Iqbal ni dia suka orang tua? Mesti ada sebab tau.
“Saya sangat tak setuju mama nak anak lagi, cukuplah saya dan Kacak (adik lelaki) sahaja,” katanya.

Selain itu, Cik B juga mended4hkan hubungan dia dan bekas pembantu peribadi ibunya itu agak tidak ‘sekepala’ malah sering tidak bersefahaman sebelum ini.

“Saya dan abang Iqbal ni memang tak ngam, selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan biasa-biasa, tapi luar biasa. Sangat renggang,” ujarnya.

Pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu berkata, dia tidak kisah jika ibunya menemui jodoh dengan individu lebih berusia namun perkara tersebut tidak mungkin terjadi kerana jutawan itu hanya memilih lelaki muda.

“Kalau mama berjodoh dengan abang Iqbal, harap mama gembiralah. Tapi saya memang tak nak mama kahwin dengan abang Iqbal. Disebabkan faktor usia, saya tak merestui.
“Kalau mama ada jodoh dengan orang yang sepadan umur, tak kisah. Tapi saya tau ia tidak akan terjadi sebab mama tak suka orang tua, mama suka orang muda juga,” kongsinya.

Ditanya sekiranya kisah cinta itu adalah sekadar teknik pemasaran, Cik B mengakui ada terfikir mengenai perkara berkenaan namun hubungan ibunya dan Iqbal dilihat menjadi semakin ser1us dari hari ke hari.

“Sebenarnya masa mula-mula ingatkan marketing, tapi nampak betul-betul pula. Rasa macam Ya Allah, takutnya. Harap marketing la, saya pun tak nak la ayah baru. Cukup la ada lima ayah,” luahnya.

Sumber: YouTube Melodi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *