‘Tahun Ni Tiada Sambutan Bersama’ – Shuib Sambut Hari Lahir Tanpa Arwah Siti Sarah, Ibu Tiri Titip Doa Agar Jadi Ayah & Ibu Terbaik

Hari ini 12 September adalah ulang tahun kelahiran pelawak dan usahawan Shuib. Sambutan kali ke-37 ini ternyata berbeza buat Shuib selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin disebabkan Covid-19.

Tiada sambutan bersama

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberitahu tahun ini tidak ada lagi sambutan hari lahir bersama arwah yang hanya selang tiga hari dari tarikhnya iaitu 15 September.

Walaupun menempuh satu perjalanan yang luar biasa, Shuib tetap bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang diberikan Allah.

Tahun ni tiada sambutan hari lahir bersama, 12 dan 15 September 1984. 37 tahun yang tersangat luar biasa untuk Shahmira Muhamad. Alhamdulillah syukur di atas segala rahmat dan nikmat.

Jadi ayah & ibu yang baik

Sementara itu, ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi turut menitipkan ucapan buat menantunya.

Katanya, dia berasa gembira melihat kekuatan yang ada pada diri usahawan terkenal itu untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak tanpa arwah di sisi.

Tahun ni buat pertama kali Shuib celebrate dengan Uwais, Talita dan Mateen, tanpa ada isteri di sisi. Makder, Abah dan keluarga gembira tengok Shuib semakin kuat dan gembira bersama anak-anak.

Tapi jauh di sudut hati, masih ada kerinduan yang sangat tebal buat bidadari syurga Siti Sarah Raissuddin. Sempena ulang tahun Shuib, sama-sama kita doakan semoga Shuib dipanjangkan umur, diberi kesihatan baik dipermudahkan urusan dunia akhirat dan menjadi ayah dan ibu terbaik. Amin.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan berusia sebulan.

Sumber: Instagram @shuibsepahtu@suciuwais

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *