“Ramai je makin kacak selepas bercer4i” – Mengaku duda anak seorang, pemuda terp4ksa terangkan perkara sebenar kepada wanita DM nak kenal

Saif tidak menyangka bahawa videonya itu akan menjadi tular di media sosial.
“AURA duda tu,” demikian antara komen yang tertera pada video seorang pemuda yang memaparkan transformasinya dirinya.

Video tersebut menunjukkan perubahan diri dan penampilannya sewaktu bergelar suami dan selepas bergelar duda.

Perkongsian yang menarik perhatian ramai itu setakat ini meraih hampir 900,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita kepada mStar, Mohd Saifuddin Talib, 23, mengakui dia merakam video tersebut hanya kerana mahu mengikut trend di TikTok.

Bagaimanapun dia tidak menyangka ramai pula yang percaya dirinya benar-benar seorang duda sedangkan dia sebenarnya masih lagi bujang.

“Idea duda tersebut terinspirasi disebabkan kawan-kawan yang menggelar saya ‘duda’ kerana putus cinta. Jadi saya menggunakan gambar beberapa tahun lepas bersama anak saudara saya dan gabungkan dengan gambar terkini.

“Saya tak berniat pun untuk men1pu sesiapa, posting itu hanya untuk suka-suka sahaja sebab orang buat trend sebelum dan selepas ada pasangan. Tapi ramai sangat dah buat, jadi saya pun buatlah sedikit kelainan.

Saif hanya sekadar mahu mengikut trend video transformasi penampilan di TikTok dengan gayanya tersendiri.

“Tak sangkalah pula video tersebut viral dan menjadi trend ‘duda glow up’. Cuma saya nak memohon maaf jika ramai yang salah faham di sebalik video viral duda tersebut.

“Sebenarnya saya masih bujang dan belum berkahwin, cuma nak hasilkan video glow up dan mahukan sesuatu yang menarik perhatian ramai,” katanya yang menetap bersama keluarganya di George Town, Pulau Pinang.

Lebih mesra disapa Saif, dia belum pernah mendedahkan secara terbuka perkara sebenar kepada pengguna di TikTok selepas videonya viral sehingga ada yang menghantar mesej mahu berkenalan dengannya kerana ‘aura duda’.

“Disebabkan saya tak pernah dedahkan perkara sebenar, ramai yang beranggapan sedemikian. Bagi saya, aura duda tu memang wujudlah sebab saya tengok ramai je duda-duda yang jadi semakin kacak selepas mereka bercerai.

“Mungkin sebab waktu ada isteri dulu mereka stres atau tak ada masa nak fokus pada diri sendiri, jadi bukan satu perkara yang mustahil untuk duda berubah.

“Ade je yang DM tanya sama ada saya duda dan mahu berkenalan, rasanya 70 peratus daripadanya adalah wanita bujang. sebab mungkin mereka anggap saya lebih berumur dan banyak pengalaman sebagai duda.

Bayi di dalam video tersebut merupakan anak saudara Saif.

“Tetapi saya memang akan terangkan perkara yang sebenar kepada setiap orang yang DM. Selepas saya dah terangkan, ada yang terkejvt dan ada juga yang boleh agak saya ni bujang.

“Sebab dari gambar pun mereka dah boleh lihat yang saya ni masih lagi muda. Tapi kalau ada janda yang berminat, mungkin saya akan menolak sebab buat masa sekarang ini saya mahu fokus pada kerjaya dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga,” katanya yang bekerja sebagai seorang juruteknik di G Hotel, Pulau Pinang.

Menurut anak kelahiran Kedah ini, dia pernah mempunyai seorang kekasih pada 2018 namun hubungan mereka hanya kekal selama tiga tahun sahaja.

Saif masih belum membuka hatinya untuk mana-mana wanita dan mahu fokus kepada kerjaya buat masa ini.

“Hubungan saya dengan bekas kekasih dulu hanya bertahan selama tiga tahun sahaja, kami berpisah pada tahun 2020. Punca kami putus dulu sebab salah faham dan waktu itu masing-masing nak ikut haluan sendiri.

“Masa tu rasa agak kece.wa dan sed1h, tapi saya anggap semua tu ujian bagi untuk jadi lebih matang dalam perhubungan yang akan datang. Saya percaya jodoh, aj4l dan m4ut itu semua ditentukan oleh Allah.

“Sekarang ni dah hampir setahun jugalah single dan masih belum rasa terbuka hati untuk ada hubungan dengan sesiapa. Buat masa ni saya hanya memilih untuk berkawan je,” ujarnya.

Anak ketujuh daripada lapan beradik ini memberitahu, dia juga membuat video tersebut untuk dijadikan pembakar semangat buat para jejaka yang kece.wa kerana putus cinta.

Jelasnya lagi, jangan terlalu cepat mahu cari pengganti semata-mata untuk hubungan yang sementara.

“Saya buat video ni untuk mewakili ‘sad boys’ kat luar sana untuk terus fokus dengan diri sendiri dan jangan terlalu lama bersed1h. Saya tahu, sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi macam tu.

Saif (kanan, tengah) merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik.

“Satu je saya nak pesan, jangan cari pengganti hanya untuk hubungan yang sementara. Lebih baik luangkan masa yang ada tu untuk sayangi diri sendiri dahulu.

“InsyaAllah jodoh akan sampai bila dah tiba masanya nanti,” katanya.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *