Helang Paling Mahal Di Dunia, Bernilai RM1.9 Juta! Berikut 5 Fakta Menarik Mengenainya

Helang ialah haiwan berd4rah pan4s, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang.

Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh.

Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Tapi siapa menyangka seekor helang boleh mencapai harga jutaan ringgit!

Seekor burung helang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon telah dijual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi pada harga mencecah USD$464,400 (RM1.9 juta).

Acara lelongan burung spesies jarang ditemui iaitu Falco rusticolus itu dianjurkan Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.

Penjualan Ab Ultra White Gyrfalcon menjadi rekod terbaharu untuk burung helang termahal pernah dijual di dunia.

Lelongan itu disiarkan secara maya dan sudah berlangsung sejak bulan lalu.

Burung Ab Ultra White Gyrfalcon mempunyai berat 980 gram dan ketinggian 42 sentimeter.

Difahamkan, burung berkenaan berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut Saudi Press Agency, jualan burung berkenaan rekod sebelumnya apabila Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada dijual pada harga USD$93,347 (RM386,129).

Baca juga “Sila Pulangkan…” Pokok Hiasan RM50,000 Dirembat Pencuri, Wanita Buat Laporan Polis

Helang adalah spesies burung pemangsa atau karnivor. Terdapat 60 spesies helang hidup di negara Eurasia dan Afrika.

Haiwan berdarah panas itu tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa.

Ia juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan berkuku tajam bagi mencengkam mangsa. Daya penglihatannya juga hebat untuk memburu mangsa dari jarak jauh.

5 FAKTA HELANG GYRFALCON

Helang betina spesies ini mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding jantan.

Ia bertelur dan membiak di pantai Artik dan tundra, pulau-pulau di utara Amerika Utara dan wilayah Eurosiberia.

Selama berabad-abad, gyrfalcon telah dianggap sebagai burung pemburu yang hebat.

Pada era abad pertengahan, gyrfalcon dianggap sebagai burung bangsawa yang mana Sultan Mesir membayar 1,000 dinar untuk setiap gyrfalcon.

Burung ini dikatakan suka mandi di dalam ais yang cair.

Lazimnya, burung helang juga sering dikaitkan sebagai simbol kekuatan, kehormatan, keberanian dan kebanggaan.

sumber: sianr harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *