Dengar je Iqbal offer 1 juta sebulan, ini reaksi ‘win’ kacak

NAMPAKNYA bekas pembantu Datuk Seri Vida iaitu Ahmd Iqbal Zulkefli bekerja keras untuk memenangi hati anak-anak jutawan kosmetik itu.

Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.

Ketika berkongsi pendapatnya tentang hal itu kepada mStar, Eric berkata Iqbal bukanlah calon yang sesuai jika ibunya mahu berkahwin lagi

“Ya betul… dia (Iqbal) sesuai jadi abang sahaja. Saya dengan Cik B sepakat/” katanya kepada mStar.

Namun ketika ditanya tentang kenyataan Iqbal bahawa dia menangis sambil meminta supaya menjaga ibunya dengan baik seperti yang disiarkan mStar sebelum ini, Eric menafikannya.

“Saya tidak menangis, saya cuma berkata supaya jaga mama baik-baik.

“Mungkin cara saya mesej ketika itu nampak seperti saya menangis,” katanya sambil menggelengkan kepala

“Abang janji bagi Cik B sejuta sebulan” -Iqbal sungguh2 minta izin jaga DSV

” Abang nak jaga mama, mama dah semakin tua.. jangan samakan abang walaupun mama dah kahwin sepuluh kali pun..”

Itu penjelasan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli dan nampaknya rancangan untuk menikahi Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida dilihat bukan lagi perkara mainan.

Menurut Iqbal, 27, walaupun anak sulung Vida iaitu Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak merestui hubungan mereka, namun dia mengharapkan agar diberikan peluang.

Malah dakwa Iqbal, dia gembira apabila adik Cik B iaitu Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, 14, atau lebih terkenal sebagai Kacak menerima kehadirannya dalam keluarga mereka.

” Kacak sangat baik dengan saya… sangat rapat. Dia menangis, dia nak saya jaga ibunya.

” Jadi perkahwinan ini memang akan berlaku. Cik B… abang nekad nak jaga mama. Kalau abang gagal dalam masa dua atau tiga tahun, Cik B buanglah abang, letak abang jauh-jauh.” katanya ketika ditemui mStar.

Sebelum ini portal terkenal mStar melaporkan tentang perasaan Cik B yang geli dengan cara Iqbal meluahkan perasaannya kepada Vida.

Lebih menimbulkan rasa kurang selesa apabila Iqbal dilihat terlalu mencuba untuk mendekati Vida apabila memanggil anak-anak usahawan itu sebagai “anak kita”.

” Saya faham bagaimana perasaan Cik B, bagaimana marahnya apabila seorang anak inginkan perhatian.

” Saya tidak marah pada Cik B walaupun dia kata dia taknak ayah, saya faham.. bahkan dia cakap dia geli apabila saya sebut kepada DS Vida ‘anak kita’.

” Sedangkan saya berkata begitu sebab saya sudah bersedia dah saya sudah menganggap Cik B anak saya.

Iqbal kemudian disoal mengenai perbezaan umur antara mereka iaitu 22 tahun dan adakah Iqbal pernah menjalin hbngan dengan mana-mana wanita.

” Pernah, dan saya pun hampir barkahwin. Itupun masa nak kahwin saya beritahu DS Vida semua sama ada boleh ke saya berkahwin.. namun tak jadi kahwin dan memang susah saya nak lupakan DS Vida.

” Banyak perkara sebenarnya yang orang tidak tahu.. yang orang tahu hanya nak kec4m saya mahu rebut duit dan harta orang. Pada saya pemikiran begitu kita tidak terbuka sedangkan di negara luar benda ini (perkahwinan beza usia) adalah normal.

Iqbal turut memberikan reaksi beliau selepas komen-komen ntizen yang mengec4m tndakan beliau mahu mengahwini DS Vida.

” Saya terima, tapi awak semua ingat saya macam budak mentah, yang tak ada cita-cita dan tak ada duit semua tu ke? Nak kata terasa, tidak.. sebab saya dah kebal..

” Saya dah cukup duit, nak berapa puluh juta lagi? Cuma saya nak bimbing dia untuk menjadi lebih baik.. Kalau bukan saya, siapa lagi.. saya tunggu untuk siapa yang mahu kahwin dengan DS Vida..

Berdasarkan kata-kata dan reaksi wajah ditunjukkan Iqbal ternyata dia begitu sayang dengan DS Vida.

Persoalannya adakah betul perkahwinan itu akan berlangsung pada hujung tahun ini.

” Betul, kalau ikutkan plan saya dah bincang dengan DS Vida tentang tema dan lokasi perkahwinan. Saya juga sudah hubungi kakak kepada DS Vida dan perkahwinan itu akan betul-betul berlaku.

Iqbal kemudian diminta untuk memberi kata-kata kepada anak-anak DS Vida, Cik B dan Kacak supaya dia berasa lembut hati.

” Assalamualaikum Cik B. Abang tak mahu apa-apa pun, abang dah ada duit semua..dah ada rumah semua. Mama pun semakin berusia, Cik B pun tahu mama selalu dengan abang.

” Kali ini abang betul-betul tekad untuk menjaga mama.. kalau abang tak jaga mama dalam masa dua, tiga tahun.. Cik B buang abang jauh-jauh.

” Abang pun berjanji untuk bagi nafkah kepada mama satu juta sebulan.. untuk Cik B satu juta sebulan ke.. Cik B dan Kacak jugak ke.. boleh semua…” luah Iqbal

Cik B bagi amaran! Simpan rahsia kenapa halang cinta Vida dan Iqbal – “Saya boleh je spill the tea kenapa tak nak mama kahwin”

PERSOALAN demi persoalan terus bermain di fikiran ramai tentang mengapa anak sulung Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkeras menghalang rancangan perkahwinan ibunya dengan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Namun kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16, dia punya alasan tersendiri yang sukar dikongsikan kepada orang ramai.

Jelas Cik B jika dia terus membuka mulut, ia akan menjatuhkan beberapa pihak termasuk ibunya sendiri.

“Saya boleh je spill the tea kenapa saya tak nak mama kahwin.

Cik B menegaskan bahawa pendiriannya masih sama.

Jawapan Cik B kepada pertanyaan pengikutnya di Instagram.

“Tapi kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama, so better saya diam.

“Cukup orang tahu saya tetap dengan pendirian saya, itu saja,” luahnya ketika menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya di IG Story pada Jumaat.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Cik B berkata faktor perbezaan usia antara Vida dan Iqbal menjadi kebimbangannya andai ibunya benar-benar mahu berkahwin lagi.

Kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama, so better saya diam.

Kata Cik B, dia sangsi mengapa Iqbal, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.

“Umur macam mama sekarang ni tidak perlu fikir fasal perkahwinan, mama hanya perlu fikir tentang keluarga. Mama nak kahwin buat apa lagi?”

“Saya tak suka mama kahwin lagi sebab ramai lelaki yang kahwini mama sebelum ini ada banyak sisi buruk mereka.

“Lebih baik mama be happy dengan saya dan adik… lagi pun saya tak suka ada ayah baharu,” katanya kepada mStar.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *