Dituduh Berzina Ketika Bergelar Suami, Influencer 2 Bulan Menduda Kahwini Bekas Isteri BFF, Beri Nafkah Anak RM878 Je?

Kisah rumah tangga influencer Indonesia iaitu Alvin Faiz dan bekas isterinya, Larissa Chuo pernah menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Bayangkan, kebahagiaan yang dibina selama 5 tahun akhirnya ‘musnah’ dalam sekelip mata sahaja selepas Alvin dipercayai berlaku curang.

Pasangan kahwin muda

Foto: Alvin Faiz & Larissa Chou (Kapan Lagi)

Memetik laporan media tempatan, Alvin Faiz yang juga merupakan anak lelaki kepada pendakwah terkenal Indonesia iaitu Allahyarham Ustaz Ariffin Ilham telah mendirikan rumah tangga bersama Larissa Chou pada 6 Ogos 2016. Pada ketika itu dia baru sahaja berusia 17 tahun sementara Larissa Chou berusia 20 tahun.

Difahamkan, sebelum bernikah lagi, Larissa adalah seorang wanita mualaf. Hasil daripada pernikahan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yusuf Alvin Ramadhan. Perkahwinan Alvin dan Larissa menjadi tumpuan dalam kalangan netizen yang menyifatkan pasangan ini masih mentah untuk melayari alam berumah tangga.

Namun siapa sangka, lima tahun kemudian iaitu pada 20 Mei 2021, Larissa membuat keputusan untuk memfailkan penceraian. Pasangan ini kemudian membuat haluan masing-masing tetapi isu tersebut tidak terhenti di situ.

Dakwa Alvin curang, berzina

Foto: Alvin Faiz & Henny Rahman (Suara.com)

Kebanyakan netizen tertanya-tanya apakah punca pasangan merpati dua sejoli ini membuat keputusan untuk berpisah. Di Insta Story, Larissa mendakwa Alvin telah berlaku curang dan melakukan zina bersama wanita lain pada tahun 2019. Lebih mengejutkan apabila pada ketika itu Alvin masih sah bergelar suami Larissa namun dikatakan tergamak bermain kayu tiga.

Tidak terhenti di situ, kisah itu semakin ‘hangat’ apabila ibu Alvin iaitu Umi Yuni masuk campur urusan rumah tangga pasangan ini. Wanita itu dipercayai menuduh Larissa sedang sakit namun tidak menjelaskan apakah penyakit yang dihidap bekas menantunya itu. Namun, Larissa menepis segala fitnah tersebut dan mendakwa Umi Yuni sengaja berbuat demikian kerana mahu menutup ‘aib’ anak lelakinya.

Difahamkan, selepas dua bulan bergelar duda, Alvin membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya iaitu Henny Rahman. Menurut sumber, Henny Rahman merupakan bekas isteri kawan baik Alvin iaitu Zikri Daulay.

Isu nafkah anak

Foto: Alvin Faiz, Larissa Chou & anak, Muhammad Yusuf (Kapan Lagi)

Tidak berakhir di situ, nama Alvin sekalli lagi menjadi bualan hangat netizen dimana ianya melibatkan isu nafkah anak. Menurut peguam, anak lelaki Alvin dan Larissa iaitu Muhammad Yusuf selayakanya menerima nafkah daripada sang ayah sekurang-kurangnya Rp 10 juta bersamaan RM3000 namun sebaliknya yang berlaku apabila Alvin dipercayai hanya memberi Rp3 Juta bersamaan RM878 sahaja.

Sementara itu, Larissa memaklumkan dia tidak mengharapkan nafkah untuk bahagiannya kerana dia mampu menyara diri sendiri. Berikutan daripada itu, Alvin telah membuka mulut menafikan dakwaan tersebut. Jelas Alvin dia tidak perlu memberitahu kepada orang ramai berapakah jumlah nafkah yang diberikan kepada anak lelakinya yang berusia 4 tahun itu. Malah, dia percaya nafkah yang diberikan cukup untuk keperluan Muhammad Yusuf.

Sumber: InsertiveKapan LagiKompas

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *