Tular Rkaman Pengunjung Mandi-Manda Di Sungai Hulu Yam Baharu, Penduduk D4kw4 Sungai Itu Tempat Pembvangan M4khlu H4lvs???

PETALING JAYA – Setelah sekian lama terkurung di dalam rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai mula mengambil kesempatan membanjiri kawasan perkelahan untuk bercuti bersama keluarga.

Peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 membabitkan negeri di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 10 Ogos lalu menyebabkan warga kota berpusu-pusu mencari lokasi untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.

Tanpa disedari, lokasi yang menjadi pilihan orang ramai di sekitar Hulu Yam Bharu itu didakwa merupakan kawasan orang membuang abu mayat dan makhluk halus di kawasan terbabit.

Menerusi sebuah video berdurasi 14 saat yang dimuat naik @manislicious di media sosial TikTok, kawasan sungai tersebut dibanjiri orang luar dan orang kampung dikawasan itu tidak akan mandi di sungai tersebut.

@manislicious

yg mandi sungai ni mesti org luar. org kg x Mandi dkt sini 🤭 ##huluselangor ##uluyambharu ##kampungsungaikamin

♬ original sound – manislicious

“Orang kampung di kawasan itu memang dah lama tak mandi dekat situ sebab orang buang ‘benda’ dan ada orang buang abu mayat serta benda-benda selepas berubat.”

Sementara itu, @Adib Najmi berkata, sepatutnya orang luar yang datang tempat asing harus bertanya dahulu dengan orang di sekeliling sebelum mandi di sungai berkenaan.

“Datang tempat asing sebaiknya tanya dulu orang sekeliling, ni mesti jenis tengok ramai orang, dia pun ikut juga. Tak tau tempat itu boleh mandi atau pun tidak,” jelasnya. – K! ONLINE.

Sumber :  kosmotiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *