Viral Video Seram Kambing Hitam Berdiri Sambil Berjalan Guna Dua Kaki, Lelaki Nekad Nak Jual

Pelik tapi benar! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi ‘cemas’ yang dilalui individu ini apabila melihat seekor kambing berjalan dengan hanya menggunakan dua kaki sahaja.

Pelik tapi benar!

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Alexandre Souza memaparkan seekor kambing berwarna hitam seakan berdiri dengan hanya menggunakan dua kaki belakangnya sebelum berjalan memasuki satu kawasan seperti pondok. Kambing hitam berkenaan kelihatan berjalan secara perlahan sambil diekori oleh seekor ayam.

Situasi tersebut telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen yang rata-rata daripada mereka mengakui tidak pernah melihat seekor kambing mampu berjalan seperti di dalam video yang dikongsikan. Di ruangan kapsyen, Alexandre Souza memaklumkan ingin menjual kambing hitam itu dengan alasan dia tidak mahu haiwan tersebut berada di sekelilingnya. Video yang dikongsikan itu telah ditonton lebih daripada 2.8 juta kali dan dikongsikan sebanyak 156,000 kali. Meskipun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut sama ada Alexandre Souza adalah pemilik haiwan tersebut atau sebaliknya.

Video kambing hitam

Sumber: Alexandre Souze

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *