Terpaksa Ganti Driver, Suami Teruk Muntah Terkena Alahan Isteri Mengandung

Menjadi suatu kebiasaan bagi para wanita menghadapi fasa alahan apabila mereka mengandung. Bukan setakat penat muntah, ini termasuklah perasaan mengidam inginkan sesuatu makanan, emosi terganggung selain tidak tahan dengan bau-bau tertentu. Walau bagaimanapun masalah ini tidak hanya ‘menyerang’ para ibu, malahan terkadang suami juga kena tempiasnya.

Kesian my husband, bini mengandung dia yang muntah-muntah… Sikit lagi sampai rumah

Tular sebuah video di TikTok merakamkan seorang lelaki terpaksa menghentikan pemanduan kerana sudah tidak tahan melayan loya di tekak disebabkan terkena alahan isteri yang sedang mengandung. Melihat keadaan si suami seperti tidak berdaya, wanita hamil tersebut terpaksa mengambil alih tempat pemandu walaupun jarak untuk tiba di rumah sudah tidak jauh.

Sabarlah wahai husband, bahagi-bahagilah rasa… Saya bawa baby, kamu rasa alahan

Meskipun merasa kasihan, si isteri turut terhibur dan sempat berseloroh menyatakan situasi ini adil bagi pasangan yang bakal bergelar ibu dan ayah. Disebabkan anak yang dikandungnya itu zuriat mereka bersama, kedua-duanya perlu berkorban apabila si ibu perlu membawa perut besar itu ke mana sahaja manakala si ayah pula merasa alahan.

Tiga kali mengandung, semua suami yang alahan… Best juga kerja kita mengunyah je

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat si suami teruk terkena tempias isteri mengandung. Mereka juga berkongsikan pengalaman pasangan masing-masing yang mengalami alahan setiap kali berbadan dua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *