[Video] Walaupun Sudah Berlainan Agama, Ibu Pengantin Tetap ‘Beb3l’ Anak Rajin suruh kemas rumah di majlis kahwin

Sebagai anak, bebelan seorang ibu pastinya sudah menjadi halwa telinga yang sering didengar walaupun kadangkala ia agak memeritkan.

Namun, naluri sebagai seorang ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak dan setiap bebelan tersebut merupakan satu pesanan atau peringatan untuk memastikan anak mereka menjadi insan yang berguna.

Bila kau jenis semua benda tak reti 😂 #mixmarriage #mualaf #tiktokmalaysia #fyp #fypdongggggggg #fypシ #fypage

♬ original sound – Emilia Comot – Emiliaa ❣️

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @emiliacomot, dia telah berkongsi momen ‘dib3bel’ ibu kandungnya ketika majlis pekahwinannya sendiri.

Dia yang juga seorang wanita mualaf hanya mampu tertawa mendengar ibunya yang berbangsa Cina memintanya menjadi isteri  dan melayan suami dengan baik sebelum pulang.

Pesanan-pesanan tersebut disambut gelak ketawa orang sekeliling kerana melihat pasangan pengantin sudah ‘merah padam’ kerana dib3bel ibu pengantin perempuan.

Dah ditonton lebih sejuta dalam sehari

Walaupun video tersebut merupakan ‘throwback’ @emiliacomot ketika bersanding beberapa tahun lalu, ia tetap menjadi satu kenangan yang akan terus diingati sepanjang hayatnya.

Perkongsian berkenaan juga telah ditonton lebih daripada 1 juta warganet di aplikasi TikTok dalam masa satu hari sahaja.

Masing-masing turut meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa hampir semua ibu-ibu di Asia berperangai sama dan bebelan tersebut pasti akan terus dirindui oleh setiap anak-anak.

Sumber : ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *