Si Gebus Malu-Malu Menyorok Celah Ketiak, “Alololo…Ngadenya”

Haiwan jinak seperti kucing ini sering menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Bukan sahaja kerana fizikalnya yang comel, malah karakter kucing yang pelbagai menjadikan ia antara haiwan cukup rapat dengan manusia.

Ada sesetengahnya yang mendengar kata, nakal dan sebagainya membuatkan pencinta haiwan geram dengan spesis ini. Malah baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan telatah haiwan tersebut yang pemalu telah mencuri perhatian ramai.

Screenshot at Sep 21 09-20-00

Dalam perkongsian satu video ini kelihatan seekor kucing berbulu belang kelabu dan putih. Gelagatnya yang sangat pemalu bila berdepan dengan kamera dijadikan kompilasi dalam satu rakaman. Setiap kali kamera dihalakan kepadanya, ia akan menyorokkan muka ke celah ketiak seorang gadis.

Ada yang dari tengah makan, ia melepaskan makanannya untuk menyorokkan muka ke celah ketiak tersebut. Berikut adalah rakaman si gebus malu-malu menyorok celah ketiak yang dikongsikan ini:

@itsme_rain84Mcm ni ke malu2 kucing😂😂😂ngadenya dia🥴🥴#fypシ゚ #catlover #cutecat #petstory #fypppppppppppppp❤

♬ suara asli – mulis harjun.0428 – Tik Toker

Alahai pandai betul kucing ini cari port ya! Perkongsian rakaman si gebus malu-malu menyorok celah ketiak ini telah meraih lebih 765 ribu tontonan dan 91 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Risau nanti dia salah cium ketiak orang lain. Pitam”

Malu2 kucing 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *