“Yang penting pasangan bahagia” Anak gembira, ibu usia 59 tahun bertemu jodoh dengan pemuda 22 tahun

Jodoh itu merupakan rahsia Tuhan. Bila sudah tiba waktunya, akan hadir sendiri seorang insan yang kerap kali kita doa kehadirannya.

Cepat atau lambat juga bukanlah urusan kita sebagai hambaNya. Oleh itu, tiada siapa dapat mempertlkaikan jodoh seseorang jika sudah termaktub sejak azali lagi.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @ecacuwitcawer apabila memuat naik kisah ibu dan bapa tlrinya yang berbeza usia 37 tahun sewaktu melangsungkan perkahwinan.

Menurut gadis tersebut, bapa tlrinya berusia 22 tahun sewaktu bernikah dengan ibunya yang ketika itu sudah berumur 59 tahun.

Gadis berkenaan telah memuat naik momen sewaktu ibunya bernikah dan sempat mengucapkan selamat pengantin baru buat ibu dan pemuda yang dipanggil Abie. Dia juga mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen berhubung perkahwinan berkenaan.

Namun begitu, ada diantara mereka yang turut sama berkongsi kisah serupa apabila bersuamikan lelaki yang lebih muda dan ia bukanlah satu masalah andai masing-masing tahu tentang tanggungjawab.

Ramai yang ada kisah serupa

Lagi jauh beza dari DSV & Iqbal

Mngkin jodoh aku tengah sekolah

Yang penting pasangan bahagia

Erti jodoh yang sebenar

Tk semua kahwin sebab duit

Sumber : ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *