Vida Mengaku Pernah Baling Selipar Dekat Iqbal, Netizen Dah Muak Dengan Drama – ‘Sudah La Move On Ja Okay”

Kemelut yang melibatkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli masih belum menemui jalan penyelesaian.

Pernah baling selipar

Terbaru, Vida, 49, menerusi Instagram (IG) miliknya mengakui pernah melakukan kekerasan sewaktu Iqbal bekerja dalam syarikat miliknya.

Kata pemilik nama Hasmiza Othman, dia pernah membaling selipar pada usahawan berumur 27 tahun itu sekaligus menafikan dia seorang wanita yang lembut.

Iqbal ikhlas menerima saya seadanya.. terima anak saya, Cik B dan Kacak.  Dia telan semua perangai saya. Saya bukan orang yang lembut tapi dia terima saya.

Kalau tak kena (ada isu) saya marah. Saya baling selipar. Tapi di saat dia dihina.. mana saya? Saya tak hilang tapi saya banyak berdoa.

Netizen dah muak

Perkongsian video itu telah dipenuhi dengan komen-komen warganet yang sudah ‘naik menyampah’ dengan drama yang tiada penghujung.

Ada juga segelintir yang menganggap pelantun lagu I Am Me telah mempermainkan hati dan perasaan bekas pembantunya itu. Namun, masih ada dalam kalangan netizen yang mendoakan agar urusan perkahwinan Vida dan Iqbal dipermudahkan Allah.

Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini. Namun, situasi menjadi tegang selepas Cik B berkeras tidak merestui.

Sumber: Instagram @datoserivida

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *