“Siapa mampu, tolonglah beli” – Wanita rayu demi kelangsungan hidup, terpaksa jual rumah pertama… semuanya kerana Cov1d-19 dan PKP!

“TOLONG la sesiapa yang mampu beli, tolonglah beli.”

Itu rayuan seorang pengguna TikTok yang turut kongsikan video rumah teres dua tingkat miliknya yang ingin dijual bagi memastikan kelangsungan hidupnya sekeluarga.

Bercakap kepada mStar, Nurjieyani Md Sarojee, 28 tahun berkata dia terpaksa menjual rumah pertama yang dibeli suaminya itu bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan.

Selain itu katanya, baki daripada penjualan rumah tersebut juga ingin dia jadikan sebagai modal bagi meneruskan perniagaannya yang terkes4n akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya ada buat bisnes tapi disebabkan c0v1d-19 dan PKP, saya tak dapat nak maintain bisnes yang ada jadi saya terpaksa kurangkan komitmen yang ada.

“Saya terpaksa lepaskan rumah ini secepat mungkin dan dengan hasil baki penjualan rumah, insy allah saya akan cuba bangkit semula,” kongsinya, menambah rumah terbabit terletak di Taman Salak Impian, Sepang, Selangor.

Rumah teres dua tingkat milik Nurjieyani di Taman Salak Impian, Sepang yang ingin dijualnya.

Nurjieyani berkata dia telah berpindah dari rumah tersebut dan tinggal di kedai miliknya di Kampung Tumbuk,Tanjung Sepat, Selangor.

“Asalnya satu kedai kecil sahaja, masa PKP pertama saya tambah tandas, mini kitchen, ruangan kedai runcit dan bilik.

“Dulu saya jual produk kecantikan tapi sejak PKP 2.0 sales drop, lepas tu PKP 3.0 saya buat keputusan,” kongsinya.

Nurjieyani dan suaminya masing-masing hilang punca pendapatan sewaktu PKP.

Menurut Nurjieyani, selain menjalankan khidmat kiriman wang ke luar negara, dia juga menjadi ejen jualan beberapa produk kecantikan serta menjadi pembekal ikan bilis.

Suaminya pula kehilangan kerjanya sebagai seorang programmer kerana majikannya sudah tidak mampu untuk membayar gaji sewaktu PKP.

Kedai runcit milik Nurjieyani.

Katanya, sekiranya gag4l untuk dijual, rumah tersebut berkemungkinan akan dilel0ng.

“Saya takvt nilai lelongan rumah tak dapat nak cover baki hvtang dengan bank.

“Saya juga tak boleh nak dapat modal untuk perniagaan yang lain,” katanya, menambah rumah yang ingin dijual pada harga RM475,000 itu kini berusia sekitar tujuh tahun.

Sumber :  mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *